fikiran menerawang

Mata tidak ingin lelap. Fikiran menerawang, mengingati hari-hari lalu. Segala yang terpapar menggamit kerinduan. Aku dengar rintik hujan dan katak dan cengkerik saling bersahutan. Waktu terus berdetik, bunyi kenderaan di kejauhan.

Kelmarin, kaki tersepit pintu. Tersiat kulit dan bengkak anak jari. Kelmarin, deringan telefon berkali-kali tidak aku endahkan – rupanya panggilan jauh yang ingin mengkhabarkan kematian.

…semalam ada berita yang aku terima, mohon aku mengongsi secebis episod perjalanan hidup. Permintaan itu datang soré hari.

…tempohari aku bertemu seorang rakan lama. Ada hasrat yang ingin ditunai bersama. Kalau jadi, menjadi.

…semalam aku hubungi seorang teman. Ajak ngopi lusa. Dia ok.

…kelmarin dapat berita… ah cukuplah… biar aku simpan di lemari hati.

P.S – aku nanti seharian di hyfa. Hadirlah…

Alang Budiman
3 Disember 2016
3 Rabiulawal 1438H
Sabtu, 2.34 pagi

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s