antara warna

maka lahirlah Jingga
pabila Kuning dan Merah bersatu

maka bersatulah amarah
pabila Kuning dan Merah berseteru

maka bercakar dan bercekaulah
pabila Kuning dan Merah saling memburu

maka bertingkah-tingkahlah
pabila Kuning dan Merah gila bersorak

maka bertikam-tikamlah
pabila Kuning dan Merah beradu galak

maka yang lain pun semarak…
pabila Kuning dan Merah tunjuk lagak

”biar Kuning dan Merah satu-lawan-satu!“

memang sukar membezakan
antara pembohong dan penipu

si penghasut, si batu api
apalagi

maka begitulah demokrasi…

bila puak porak
politik jadi haprak

Alang Budiman
November 19, Sabtu
4:06 pagi, 19 Safar 1438H

Nota

  • Perhimpunan Bersih 5 anjuran badan bukan kerajaan Bersih 2.0 dengan seruan “Satukan Tenaga – Malaysia Baru” berlangsung pada hari Sabtu, 19 November 2016, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Perhimpunan kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan:

    1) Pilihanraya Bersih

    2) Kerajaan Bersih

    3) Kukuhkan Demokrasi Berparlimen

    4) Hak Membantah

    5) Memperkasa Sabah dan Sarawak

  • Penganjur Bersih 5 yakin dengan seruan ‘Satukan Tenaga – Malaysia Baru’,  perhimpunan itu dikatakan akan mendapat sambutan yang baik, meskipun tidak menetapkan jumlah anggaran orang yang dijangka menyertai perhimpunan tersebut.
  • Perhimpunan Bersih 5 menarik sokongan parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Harapan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).Sumber: bersih.org, mysumber.com, malaysiadateline.com, Berita Harian Malaysia, Malaysiakini

 

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s