Menjana Platform Bagi Penulis Singapura Dalam Mencorak Karya Kreatif Selanjutnya

Perbincangan sempena Sesi Pertemuan Sastera Singapura 2016

Oleh: CHAIRUL FAHMY HUSSAINI

Sinopsis:

Pelbagai usaha kini dilakukan pelbagai pihak, baik agensi pemerintah, badan persuratan dan kesenian Melayu, media tradisional (cetak mahupun penyiaran) dan orang perseorangan dalam mewujudkan apalagi menjana wadah bagi penulis Singapura menghasilkan karya kreatif.

Seperti yang diketahui, dunia kini ‘ditawan’ media sosial dan ini sering ditanggapi ramai bahawa ia mengemukakan dua soal penting: cabaran dan peluang. Bagaimanapun, apakah benar dua perkara ini menggarisi pokok persoalan yang menjadi mauduk perbincangan hari ini?

Kata Mula – Soal Ekosistem

  1. Membangunkan Ekosistem, mewujudkan sekitaran yang mampan (sustainable) menerusi kitaran yang tekal (consistent) dalam usaha memartabat Bahasa dan Sastera Melayu serta Penulisan Kreatif Melayu
  • Penulis-penerbit-khalayak pembaca/pembeli
  • Kedudukan karya picisan (pulp fiction). Apakah yang dimaksudkan dengan karya picisan? Picisan bermaksud sesuatu yang tidak berharga dan rendah mutu. Perlu disedari, karya picisan berperanan dalam mendukung pasaran
  • Menobat Karya Sastera – penterjemahan & peralihan medium karya

Contohnya: Batas Langit, (Cikgu Mohd Latiff Mohd) yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, bertajuk Confrontation; Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Productions) & Hikayat Raja Babi (Fixi Books) (Jawi ke Rumi)

Soal Pengembangan

2. Mewujudkan Pasaran, Menimbulkan Minat, Mereka Daya Tarikan

  • Penulis-penerbit (pengedar/penjual)-Pembeli/Pembaca- Pemindahan/Peralihan karya dari teks ke pentas, radio, televisyen, filem-Penonton/Pembeli

Kegiatan: Khemah penulisan, Peraduan penulisan, Bengkel penulisan, Wacana, Sesi Bacaan, Sesi Bertemu Penulis, dsb

Soal Ekonomi

3. Memahami Pasaran, Pembentukan Modal, Ekonomi

  • Nilai karya, Biaya Penerbitan, Saluran Pemasaran
  • Memahami asas niaga: Sambutan/Permintaan (Ada/Tidak)/Untung/rugi atau dalam erti kata lain membuat CBA (Cost Benefit Analysis), di mana anda membuat penilaian kewangan. Masa itu emas dan emas itu dalam konteks mudahnya, adalah duit. Jadi apa yang perlu anda nilai dan perkirakan?

Asas perkiraan

  • Geran | Royalti (10 peratus) | Kos penerbitan (15 peratus) | Peruntukan Pengedar (30 peratus) /Penjual (25 peratus) | Pemasaran (20 peratus)
  • Jadinya, sebagai penulis yang ingin menerbitkan buku, perlu memikirkan hal ini.

4. Rata-rata di Singapura, saya dimaklumkan bahawa sejauh ini, sehingga akhir suku ketiga 2016, telah lahir 10-12 buku sastera Melayu. Ia anggaran purata tahunan. Rata-rata penulis sekarang cuba menerbitkan 500 naskah, berbanding 1,000 naskah sebelum ini. Rata-rata juga, sebanyak 250 naskah terjual. Selebihnya? Wallahu’alam.

Soal kerugian

5. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, setiap naskah yang tidak terjual merupakan satu kerugian. Rugi dari segi kos penghasilan (titik peluh dalam berkarya), kos penerbitan (harga kertas, harga elektrik, harga lukisan grafik, harga pembaca pruf, harga suntingan, dsb), kos pengedaran dan penjualan.

6. Ini belum termasuk soal pengedaran dan kaedah penjualan. Cakap mudahnya, penulis harus belajar dan tahu selok-belok berniaga dan bukan sekadar menghasilkan karya. Bakat tidak akan berkembang sekiranya seseorang itu tidak meluaskan peluangnya dan memanfaatkan sebanyak mungkin wadah yang ada.

Soal trend

7. Untuk melariskan karya, penulis perlu peka dan memahami trend – sama ada penulis mencipta satu trend baharu dalam penghasilan karya yang kemudiannya menjadi ikutan penulis lain, ataupun macam biasa, menulis ikut trend semasa, dan sewaktu karya itu diterbitkan, karya atau naskah kita itu ketinggalan trend dan sudahnya, buku tak laku.

8. Pada masa yang sama, dalam menjana wadah bagi bagi penulis Singapura dalam mencorak karya kreatif selanjutnya, pertubuhan apalagi majlis persuratan kita juga harus mengemaskini kedudukan dan pendekatan dalam pengembangan sastera Melayu di sini.

9. Apa yang perlu adalah melakukan satu transformasi, orientasi semula, demi menyuntik kesegaran demi tuntutan generasi hari ini dan penakatan masa depan. Kini telah ada tuntutan dalam penterjemahan karya Melayu ke bahasa asing, seharusnya badan persuratan bersedia menghadapi cabaran ini dengan menampilkan penulis/penterjemah berbakat, jika tiada, membangunkan bakat. Kita juga perlu memahami kehendak pasaran semasa yang berbeza dari pasaran 10-5 tahun lalu.

10. Kini perlu memanfaatkan media sosial, tetapi apakah strategi kita dalam menghadapinya? Kita tidak mampu dibiarkan mengikut arus, kelak nanti?

Sekian.

Disampaikan sewaktu ‘Sesi Pertemuan Sastera Singapura 2016’
Anjuran Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50)
24 September 2016, Sabtu, 9 pagi – 5 petang
Bilik Possibility, Aras 5, Bangunan Perpustakaan Negara
100 Victoria St, Tingkat 5, Singapura 188064

 

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s