cerpen – dan bangkai-bangkai itu berselerakan…

“MEREKA mati tercungap,” kata doktor hewan.

“Mereka mati mencungap,” balas Pak Bilal sambil menggeleng kepala melihat lebih 120 kambing Ireland yang bergelimpangan.

“Mereka dicungap,” jelas Mat Kampau, sarjan masuk pencen yang masih bekerja sejak zaman Balai Polis Central lagi.

“Mereka datang, siap visa, pasport dan dolar,” kata pak veterinar, bersungguh-sungguh.

Keadaan di luar agak kecoh, sekumpulan Mat Kampau cuba menahan sekumpulan lebai berketayap daripada masuk kawasan ‘Garisan Polis’.

“Biarkan mereka masuk!,” ujar Inspektor Kampau, dengan nada mengarah, sambil mencekak pinggang depan Pak Bilal, yang tunduk, penuh merendah

Mat-Mat Kampau mengangguk dan membuka ikatan ‘Garisan Polis’ dan membenarkan kumpulan lebai berketayap masuk.

Melihat keadaan meruntun itu, seorang lebai berketayap yang berjalan bertongkat rotan mengelilingi tempat kejadian.

Beberapa minit kemudian beliau membongkok dan menyentuh beberapa bangkai dekatnya, beliau kemudian berdiri, menarik nafas panjang dan menghelanya sambil beristighfar dan berkata:

“Mereka tercungap dan mungkin belum sempat mengucap… Innalillahiwainnalillahirajiun. Telah sampai ajal mereka sebelum sempat kita merasa dagingnya.

“Melihat keadaan bangkai-bangkai ini, saya rasa, cuaca yang salah, kerana cuaca panas sangat,” ujarnya dalam kehibaan dan menyampaikan kenyataan itu penuh hati-hati, khuatir ada yang marah.

Para pengikut lebai itu, mengangguk-angguk dan ramai menjawab, “iya Pak Lebai, iya… cuaca salah…”.

Lebai kemudian memandang kepada kumpulannya dan berkata: “Dengar sini semua, mulai malam ni kita tahlil tujuh hari. Ingat tarikh hari ini, nanti hol kan juga.

“Iya Pak Lebai…”, jawab anak buahnya serentak dan kemudian mereka bercakap sambil berbisik sesama sendiri, “beli beras tiga guni, beriyani dam, kambing dari Perth, kentang, bawang, periuk belanga, sok sek, sok sek, sok sek…”

Tamat.

13 September 2016
11 Zulhijjah 1437H
Selasa, 13:12:10 tghari

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in cerpen and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s