cebisan seorang wartawan

Cebisan: Mula-mula jadi wartawan, dua perkara kena buat. Kena ikuti kursus asas kewartawanan selama tiga bulan. Kena lulus ‘short-hand’. Masa ikuti kursus asas, kena belajar tentang undang-undang media, kena belajar tulis ringkas dan tepat dan bermakna, kena belajar teknik wawancara, kena belajar membaca penyata kira-kira, kena belajar baca kenyataan korporat, kenyataan politik, dan segala macam kenyataan.

Dah tu kena belajar tulis berita jenayah, berita mahkamah, dan cara menilai kenyataan untuk menentukan pokok cerita. dah tu kena belajar asas tulis rencana, cara menganalisa, cara berhujah, cara menghujjah. Kita duduk sebaris dengan wartawan akhbar lain, semuanya dalam bahasa Inggeris. Ada dari Oxford, ada dari King’s College. Aku dari sekolah malam.

Untuk lulus ‘short-hand’, wartawan kena dapat 90 dari 100 markah penuh. Kalau tak lulus, maknanya wartawan tak ‘confirm’. Kalau gagal tiga kali, almarhum jawabnya…
Ada wartawan berenti sebelum duduk periksa ‘short-hand’.
Ada wartawan berenti masa ikuti kursus.
Aku? Masih belum waktu…

Chairul Fahmy Hussaini
29 Jun 2016, Rabu
24 Ramadan 1437H
11:06 pagi

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Jejak Diri and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s