cebisan seorang wartawan II

Cebisan II: Pertama kali masuk pejabat sebagai wartawan, selepas dua hari jalani sesi pengenalan dan penyesuaian pada sistem kerja, jam di dinding menunjukkan waktu 10.15 pagi.

Selepas letak beg di meja yang dikatakan sebagai ‘meja saya’ oleh kakak kerani, saya diperkenalkan kepada penyelia yang bertugas pagi tu. Jadi mula perkenal diri dan basa-basi lebih kurang 10 minit, tentang aturan kerja, tentang tugas hari itu.

Penyelia: Ok, sekarang kau cover ni kes. Hari ni kat High Court ada sentencing. Drug kes, budak Melayu. Court 2B.

Saya: Ok.

Ternganga seketika. Tanpa tahu hujung pangkal, disuruh ‘cover’ court kes. Kat Mahkamah Tinggi pulak tu. Nasib baik, ada seorang kawan masa tu dah sampai ofis. Saya jumpa dia.

Saya: Dol, aku kena cover kes kat High Court. Macamana nak buat?

Kawan: Huh? Bila kes?

Saya: Sekarang.

Kawan: Alamak, aku ada appointment dengan newsmaker pukul 11.30 ni. Takpe gini… aku bawak kau pergi High Court, aku tunjuk kau kat mana Court 2B, dah tu kau cover ah.

Pertama kali naik kereta pejabat. Diajar kawan supaya kat ‘car chit’ tulis, ‘High Court’ dan ‘Drop’.

Hati ni Tuhan aje yang tahu. Sepanjang hidup tak pernah umur masuk ‘court’ tiba-tiba pagi tu kena cover sentencing. High Court lagi. Dalam perjalanan, tanya kawan tu serba sedikit apa yang perlu.

Kawan: Kau masuk nanti, kau tunduk bila nampak hakim. Dah tu kau cari tempat duduk. Ada meja untuk press. Nanti kau nampak reporter ramai. Kau duduk dengan dorang. Nanti kau tanya dorang, mintak charge sheet. Kau tanya siapa DPP, siapa defence counsel. Nama hakim kau jangan lupa.

Setiba di High Court, debaran makin terasa. Naik tangga dan belok ke kanan dan saya nampak di atas pintu bilik mahkamah, terpapar tanda ‘2B’.

Kawan: Ok, ni court 2B. Aku kena pegi. Apa-apa kontek aku. Jangan risau, kau tulis apa kau dengar, apa kau nampak.

Saya angguk dan berpisah, dan tangan ini menguak pintu.

Tak sangka ramai orang dalam bilik tu. Melihat keliling, saya seakan terasa banyak mata memandang ke arah saya. Mata ni pantas cari tempat duduk, cari meja ‘Press’. Meja ada tapi orang tak ada. Lagi buat saya gelisah.

Saya ambil tempat duduk. Diam memerhati, nak tanya tak tahu kepada siapa. Saya perasan, ada dua Mamat pakai baju seragam putih. Kerjanya satu berurusan dengan peguam2 dan satu lagi tunggu tepi bilik Hakim.

Ada tiga Mamat duduk dalam satu tempat khas. Hari itu baru saya tahu apa itu ‘kandang’.

Jam menunjukkan 11.15 pagi bila tiba-tiba saya dikejutkan dengan suara ‘Bangun’! Semua dalam bilik tu bangkit dan berdiri dan tunduk bongkok pada Hakim yang baru masuk.

Saya main ikut jer…

Bilik mahkamah sunyi sepi… Hakim sedang meneliti surat-surat di depannya. Saya tak tahu nak buat apa, main perhati je.

Kemudian Hakim mengangkat muka, memandang ke depan. Matanya terarah ke tiga orang dalam kandang tu.

Beliau sebut nama tertuduh satu-persatu… saya memandang wajah mereka, satu persatu menurut nama yang disebut Hakim.

Hakim: Setelah mendengar kesemua hujah dan meneliti setiap bukti yang ada, saya dengan ini memutuskan kamu, (disebutnya nama tertuduh) didapati bersalah kerana memiliki dan mengedar dadah dan akan dihukum gantung sampai mati.

Hakim ulangi kenyataan serupa, satu-persatu ke atas dua lagi tertuduh. Hakim kemudian mengambil penukul dan mengetuk tiga kali.

Keadaan sepi sebelum hening dipecahkan dengan tangisan dan teriakan.

Kemudian sekali lagi, teriakan arahan: “Bangun”!

Kami bangun dan berdiri kemudian membongkok hormat kepada Hakim, yang terus berlalu.

Saya menjadi kaget.

Tangisan semakin kuat. Ahli keluarga yang ada bergegas ke arah ketiga-tiga pesalah.

Kelihatan anggota polis yang mengiringi merapati ketiga-tiga pesalah bila salah seorang memandang tajam ke arah salah seorang anggota polis dan menyatakan kepadanya: “I see you in hell!”

Ahli keluarga tidak dibenarkan merapati ketiga-tiga pesalah yang telah pun digari semula dan dibawa turun anak tangga ke lokap bawah tanah, sebelum dibawa ke Penjara Changi menaiki Black Maria.

Aku?… mana charge sheet?

 

Chairul Fahmy Hussaini
30 Jun 2016, Khamis
25 Ramadan 1437H
9:53 pagi

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Jejak Diri and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s