Ramadan

Ramadan
dan di sebelah petangnya
orang pun berdedai-dedai
keluar rumah
atau pulang pejabat
mencari kuih dan juadah
yang dijaja di kolong-kolong blok
yang dijual di bazar dan medan selera

irama keroncong galak
mata jadi liar
lidah pun terjuih
melihat segala terhidang
air liuh bagai nak meleleh
melihat segala rencam rupa
bentuk dan warna
ada kuih gebu
ada montok
ada seksi

mahal pada harga
nilai serupa tidak

kerana nafsu
wang yang digenggam
beralih tuan
sepulang bersama perut kosong
dan bungkus-bungkusan
makanan kemudian
dihidang berlambakan

masuk Maghrib
makan bagai nak rak
nasi dan segala
lauk-pauk masakan isteri

dalam bungkus-bungkusan tadi?
hanya serikaya
pada nafsu
yang bermaharajalela

Alang Budiman
7 Jun 2016, Selasa
2 Ramadan 1437H
11:36pagi

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s