Transformasi kreatif diperlukan demi atasi cabaran

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI

MUNGKIN sukar anda percaya, tetapi sejak lima tahun lalu pelajar Melayu Singapura dalam diam-diam menjadi lebih tekun dalam soal pelajaran sehingga mencatat kemajuan memberangsangkan.

Dapatan Tinjauan Umum Isi Rumah (GHS) Mac lalu mengesahkan.

Antara 2010 dengan 2015: 

  • Jumlah lulusan diploma dan kelayakan profesional daripada kalangan anak Melayu meningkat daripada 9.8 peratus kepada 13.4 peratus; dan
  • Jumlah lulusan universiti daripada kalangan anak Melayu meningkat daripada 5.5 peratus kepada 7.7 peratus.

Sedang peningkatan kasar adalah kecil (3.6 peratus dan 2.2 peratus), namun daripada segi nilai peningkatan menurut peratusan mata ia ketara.

Perangkaan GHS menunjukkan kadar lulusan diploma dan kelayakan profesional meningkat 36.7 peratus dalam tempoh lima tahun, jumlah lulusan universiti pula melonjak 40 peratus dalam tempoh sama.

Apa yang perlu diperhalusi adalah jurusan yang diceburi anak Melayu yang lulus politeknik dan universiti, sama ada ia memenuhi keperluan keadaan ekonomi baru. 

Masyarakat Melayu masih membentuk golongan terbesar mereka yang hanya berpendidikan rendah dan menengah – tetapi tidak bermakna kaum berkulit sawo matang ini berpeluk tubuh.

  • Laporan GHS mendedahkan, sedang jumlahnya mencecah 68.9 peratus pada 2010, ia kini turun kepada 61.6 peratus dalam tempoh lima tahun – penurunan 7.3 peratus atau 10.6 peratusan mata!
  • Jumlah mereka yang hanya berkelulusan sekolah rendah berkurang daripada 41.4 peratus kepada 35.9 peratus sejak lima tahun lalu.

Maksudnya, jika setiap empat daripada 10 anak Melayu pada tahun 2010 hanya berpendidikan rendah, kadar itu kini turun kepada tiga setengah daripada setiap 10 orang. Ia merupakan satu penurunan 13.29 mata peratusan!

  • Peratusan mereka yang hanya mempunyai kelulusan peringkat menengah pula mencatat penurunan 6.5 mata peratusan daripada 27.5 peratus yang dicatatkan pada 2010 kepada 25.7 peratus pada tahun lalu (2015).

Namun masyarakat Melayu hari ini seakan menghadapi paradoks. 

Sedang kita ingin memantapkan “kuda-kuda”, kedudukan ekonomi masyarakat Melayu masih mencabar.

Jumlah orang Melayu di flat satu dan dua bilik meningkat, daripada 8.7 peratus kepada 14.6 peratus – peningkatan 67.8 mata peratusan! 

Tahun lalu, terdapat 14,600 isi rumah Melayu yang tinggal di flat sedemikian. Jumlah ini menurut GHS membentuk 10.9 peratus daripada keseluruhan isi rumah Melayu, meningkat daripada 4.9 peratus – atau 5,779 isi rumah – pada 2005. 

Keadaan menjadi lebih ketara dengan jumlah orang Melayu yang memiliki flat jenis lima bilik atau eksekutif turut mencatat penurunan, daripada 26.9 peratus pada 2010 kepada 23.2 peratus tahun lalu – kemerosotan 13.75 mata peratusan. 

Kadar pemilikan rumah di kalangan orang Melayu juga mencatat penurunan daripada 89.6 peratus kepada 86.9 peratus – merosot 2.7 peratus atau 3 mata peratusan. 

Ini menandakan ‘kerapuhan’ masyarakat Melayu saat dijentik. 

Oleh itu, gaya hidup perlu berubah. Perbelanjaan mesti lebih hemat, bebanan dan tanggungan hutang perlu dikurangkan dan gaya hidup perlu sederhana. 

Apa pun, untuk mengatasi cabaran hari ini, satu transformasi diperlukan. 

Apa yang dibimbangkan adalah peluang pekerjaan yang lebih terbatas dan trend pembuangan pekerja akibat penyusunan semula terus dilakukan syarikat. 

Bukan hanya pekerja malah peniaga kecil Melayu turut terjejas dek modal terhad dan kos tinggi, terutamanya sewa dan tenaga kerja. Tidak dapat dinafikan, ada juga yang terkandas dek pilihan sendiri. 

Hakikatnya, masyarakat perlu lebih kreatif menangani cabaran. 

Sekadar contoh, mungkin peniaga kecil dapat bergabung sumber – daripada segi kepakaran dan kewangan – sebagai satu cara mengukuh perniagaan agar mampu menguasai pasaran lebih luas dalam sekitaran lebih bersaing. 

Bagi golongan pekerja pula, menguasai ilmu dan kemahiran baru kerana tempoh lima tahun mendatang lebih mencabar. 

Sewaktu pembentangan belanjawan di parlimen 8 April lalu, Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, berkata: “Kita akan melihat pertumbuhan tenaga kerja jatuh menjunam. Pertumbuhan dalam tenaga kerja tempatan akan merosot lebih separuh, daripada purata 55,000 setahun sejak lima tahun lalu kepada sekitar 20,000 setahun bagi lima tahun mendatang. Jadi penurunannya lebih separuh.”

Jadi apakah huraian kita?

Sedia menghadapi peralihan kerjaya kerana sektor Penjagaan Kesihatan, Kewangan, Teknologi Maklumat, Keselamatan Siber, Sains Hayat, Perakaunan, Penjualan dan Pemasaran menawarkan pelbagai peluang kerja baru. 

Ataupun, buka perniagaan. 

Pemerintah memperkenal skim SkillsFuture. 

Sebanyak 10,000 kursus SkillsFuture ditawarkan dan rakyat Singapura boleh memanfaatkan Kredit SkillsFuture sebanyak $500. Lungsuri laman http://www.skillsfuture.sg/credit

Pemerintah mulai bulan ini mengadakan Program Sokongan Kerjaya bagi golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) bawah 40 tahun yang ingin mencari kerja setelah kehilangan pekerjaan mereka. 

Peluang sebegini perlu direbut demi memastikan pasak kewangan kita lebih kukuh sementara menanti sinar memancar mengatasi mendung ekonomi.

  1. http://www.beritaharian.sg/wacana/transformasi-kreatif-diperlukan-demi-atasi-cabaran

Berita Minggu | Wacana

22 Mei 2016 | 15 Syaaban 1437H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s