Tun Dr M: Melayu harus ubah gaya hidup

DEMI menikmati kehidupan lebih baik, orang Melayu harus merubah gaya dan cara hidup mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, masyarakat Melayu tidak harus terlalu berharap atau mengambil jalan pintas jika mahu berjaya.

“Harapan saya, mereka sedar dan mereka tukar budaya dan cara hidup mereka kepada pegangan dan nilai hidup yang memang memburukkan nasib mereka.

“(Janganlah) terlalu berharap kepada bantuan orang lain, mendapat sesuatu dengan cara mudah, tidak bekerja kuat,” katanya.

Terangnya, jika mahu menempa kejayaan dan menikmati kehidupan lebih bermakna, masyarakat Melayu mesti bekerja keras.

Beliau sebelum ini diketahui telah beberapa kali menzahirkan kekecewaannya dalam merubah sikap dan budaya masyarakat Melayu yang dianggap sesetengah
orang sebagai ‘malas’. Dr Mahathir mengakui gagal mengubah tanggapan bahawa orang Melayu merupakan kaum yang malas.

“(Selama) 22 tahun saya perintah negara, saya akui gagal mengubah sikap orang Melayu ini,” katanya yang ditukil AstroAwani dua tahun lalu.

Justeru, Dr Mahathir mengharapkan masyarakat Melayu agar lebih bersaing pada masa depan.

“Kita sekarang berlumba. Kalau kita datang daripada belakang dengan sama kelajuan dengan orang di depan, kita tidak boleh ‘catch up’ (kejar).

“Kalau kita lebih perlahan, kita semakin lama semakin jauh. Jadi, kita kena lebih cepat daripada orang yang di hadapan kita.

“Kalau tidak, sampai bila kita tidak dapat kejar. Kita kena kerja lebih tekun, lebih kuat dan lebih rajin,” katanya sewaktu diwawancara Utusan Malaysia
pada tahun yang sama.

Menekankan peri pentingnya masyarakat Melayu merubah sikap dan meningkatkan perpaduan serta kerjasama demi kemakmuran berpanjangan, Dr Mahathir berkata: “Ini semua perlu ditukar kalau orang Melayu nak mencapai kejayaan.

“Walaupun mereka adalah majoriti dari segi bilangan (di Malaysia), mereka minoriti kerana berpecah,” ujarnya sebagai mengakhiri wawancara dengan
Berita Minggu.

Berita Minggu
Halaman 6
3 April 2016, Ahad
25 Jamadilakhir 1437H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s