‘Lee Kuan Yew bukan seteru’

DI MASJID NEGARA: Jemaah masjid bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai sembahyang Jumaat pada 25 Mac 2016.

DI MASJID NEGARA: Jemaah masjid bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai sembahyang Jumaat pada 25 Mac 2016.

RAKYAT di semenanjung dan di republik ini sering menerka bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendiang Encik Lee Kuan Yew ada lah ‘pesaing’.

Jika tidak pun, sebagai ‘seteru politik’ yang sering menggegarkan dunia dengan pengamatan yang tajam, daya kepimpinan dinamis dan sebagai tokoh politik berpandangan jauh.

Seringkali, terkaan itu menjadi perencah yang mewarnai suasana dan meraut hubungan dua hala Singapura-Malaysia.

Namun teka-teki tentang sama ada mendiang Encik Lee merupakan ‘pesaing’ atau ‘seteru’ politik kepada Dr Mahathir akhirnya terjawab sewaktu diwawancara Berita Minggu baru-baru ini.

Bagi mantan Perdana Menteri Malaysia itu, mendiang Encik Lee, yang menjadi Perdana Menteri Singapura antara Jun 1959 hingga November 1990, disifatkan sebagai ‘pencipta’ Kota Singa yang berjaya.

“Kita tidak dapat nafi bahawa Lee Kuan Yew berjaya menjadikan Singapura yang pada masa itu (9 Ogos 1965) berasa terasing kerana disingkir daripada Malaysia dan kehilangan dia punya ‘resource ’ (sumber). Ia sebuah pulau kecil.

“Jadi, Lee Kuan Yew mencipta satu pendekatan untuk menjadikan Singapura sebagai pusat kewangan dan ‘one of the world’s biggest port’ (salah sebuah pelabuhan terbesar di dunia) dan memperbaiki, dan meningkatkan penerbangan ke Singapura.

“Tiga perkara ini dapat memajukan Singapura dan ini adalah jasa Kuan Yew. Itu satu pencapaian yang kita perlu iktiraf dan rakyat Singapura perlu menghargai sumbangan Lee Kuan Yew,” ujarnya.

Dalam wawancara itu, Dr Mahathir turut menyatakan mereka mempunyai cara kepimpinan tersendiri dan pandangan yang berbeza, malah tidak menganggap mendiang Encik Lee sebagai musuh.

“Secara ‘personal’ (peribadi), saya tidak ada masalah, saya boleh bercakap dengan Lee Kuan Yew. Tapi saya tidak bersetuju dengan pandangannya, dengan pendekatannya. Itu sahajalah yang ada antara kita berdua.

“Saya bukan nak anggap dia sebagai musuh dan sebagainya, tetapi sebagai pemimpin Singapura yang mempunyai pendirian sendiri yang tidak sama dengan pendirian Malaysia,” terangnya.

Semasa era pentadbiran Lee-Mahathir, hubungan Singapura-Malaysia bukan sahaja bersaing, bahkan dibebani dengan isu-isu rumit.

Dua isu rumit menyentuh soal air dan penggantian Tambak Johor, yang mana pada suatu ketika, Dr Mahathir mencadangkan pembinaan ‘jambatan bengkok’ bagi menggantikan Koswe.

Kedua-dua isu ini jugalah telah merencatkan hubungan Dr Mahathir dengan penggantinya selepas itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada kedua-dua isu tersebut masih menjadi ‘masalah utama’ kepadanya, beliau berkata: “Itu masih sebahagian tetapi itu bukan menjadi keutamaan pada waktu ini…”

Diminta pandangannya berhubung saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, baru-baru ini yang ingin melihat Koswe digantikan, Dr Mahathir bersetuju.

“Memang Koswe itu perlu diganti. Koswe itu dibuat di zaman dulu di waktu mana untuk membina jambatan dahulu begitu ‘costly’ (mahal), dan sukar dibuat.

“Sekarang air tidak dapat mengalir ‘east-west’ (timur ke barat), jadi ini menyebabkan keadaan dalam ‘Straits of Johore’ (Selat Johor) menjadi kotor, tidak bersih, tidak sihat.

“Lagipun, kita boleh guna Koswe kalau dibuka, untuk pelayaran, bot-bot kecil, dari Timur ke Barat, Barat ke Timur. Kita mempunyai kemampuan kewangan membina jambatan,” ujarnya.

Tetapi apakah beliau yakin Tambak Johor akan digantikan?

“Saya tak tahulah, saya bukan ada kuasa,” jawabnya selamba.

Berita Minggu
Halaman 6
3 April 2016, Ahad
25 Jamadilakhir 1437H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s