suara hati II

Sabtu, 12 Mac 2016
3 Jamadilakhir 1437H
4:54ptg

Sumbangan bulanan pekerja Islam kepada Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) akan dinaikkan antara $1 hingga $10 mulai Jun ini – yang akan menghasilkan dana tambahan sebanyak $6 juta setahun kepada pungutan MBMF yang kini mencecah $20.2 juta setahun.

Maknanya, ia akan cecah $26.2 juta setahun.

Minggu, 13 Mac 2016
4 Jamadilakhir 1437H
9:39pagi

Pasal MBMF: Kalau fikirkan ia sumbangan kerana Allah, jangan komplen, sedekah dan redha.

Kalau fikirkan ia kerana Allah dan setiap perbelanjaan perlu diperincikan dan perlu kebertanggungjawaban dan ketelusan, maka terus bersuara dan meminta jawapan kerana ia adalah satu tuntutan.

Benar Allah Maha Mengetahui tetapi sebagai manusia kita juga wajib tahu dan ambil tahu tentang kebajikan dan kesempurnaan sumbangan kita.

Jangan bersikap sambil lewa, kelak nanti kecewa.

Selasa, 15 Mac 2016
6 Jamadilakhir 1437H
10:23pagi

SEKITAR 60 peratus daripada 300 penerima bantuan makanan asas daripada Jamiyah merupakan golongan yang bekerja tetapi gaji mereka tidak mencukupi bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Secara purata, keluarga yang dibantu itu meraih pendapatan kurang $1,900 dan mempunyai ramai anak. Kebanyakannya atau 80 peratus tinggal di flat sewa.

Golongan inilah yang perlu menyumbang jumlah lebih tinggi untuk MBMF mulai Jun ini. Seperti saya katakan, nilai satu dolar dan dua dolar setengah amat besar. Di mana ihsan kita?

Khamis, 17 Mac 2016
8 Jamadilakhir 1437H
9:07pagi

Ketemu seorang alim dan mengongsi duka tentang soal MBMF.

“Inilah jadinya bila derma difikir sebagai cara tingkat pendapatan. Golongan fakir dan miskin tidak dikecualikan. Bila derma jadi satu paksaan, tiada lagi keikhlasan.”

Rabb, inikah wajah pemimpin dan penggubal dasar dalam masyarakatku?

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Islam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s