hilang

pagi Rabu
17 Februari 2016
Lewat e-mel

A: Engkau terlalu menyepi. Mengapa? Selalunya engkau tidak sebegini…

B: Aku ada. Seperti biasa. Setiap hari aku di sini. Mengapa?

A: Tidak ah… selalunya aku merasai hadir mu. Biarpun adakala engkau tidak kelihatan, aku tetap tahu engkau di mana-mana…

B: Lantas?

A: Jadi sejak lewat ini aku tidak merasai hadirmu. Iya, engkau hadir tetapi kehadiran itu bukan penanda hadirmu.

B: Engkau mulai berteka-teki. Berterus terang sajalah…

A: Engkau lebih mengerti. Engkau yang berteka-teki. Engkau yang seharusnya berterus-terang. Bukan aku.

B: Aku ada. Aku hadir. Setiap pekerjaan masih aku laksanakan sungguh-sungguh. Tanggungjawab yang aku pikul, aku jalankan dengan penuh amanah. Aku ada…

A: Baik… aku bertanya sekali lagi. Ke mana engkau sejak beberapa hari ini?

B: Di rumah. Rehat. Aku demam. Mengapa?

A: Tidak mengapa. Moga engkau segera sembuh.

Perbualan lewat e-mel bertemu noktah.

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Jejak Diri. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s