sajak dalam koran

sajak dalam koran
adik keriangan
kerana menyangka
“ramai ‘kan baca”

dia pun berkata…
“mak dan bapak saya suka bang. dorang kata “bagus”.
“mak dan bapak suruh saya terus tulis.
“mak dan bapak suka, pasal sajak keluar ‘paper’ dapat duit.
“nanti kan ‘bang, saya letak kat facebook, kat instagram.
“biar ramai nampak, lihat dan baca karya saya tu.
“nanti saya nak tengok, berapa ‘like’ dan berapa ‘share’.
“nanti saya bilang cikgu, dan kawan sekelas.
“nanti dorang kata, … kelas ah kau…
“kan bang?”

aku senyum dan berkata:
“bagus kau tulis dik. tapi…
“kalau tulis untuk bangga, jangan tulis.
“kalau tulis untuk dapat ‘like’, jangan tulis.
“kalau tulis untuk setakat tulis, jangan tulis
“kalau tulis asal tulis, jangan tulis.
“kalau tulis takut-takut, jangan tulis.
“kalau tulis dipaksa tulis, jangan tulis.
“kalau tulis untuk dipuji, jangan tulis, dik”

adik bertanya lanjut:
“kalau gitu, tulis untuk apa, bang?”

“tulis, kerana pesan itu amanah.
“tulis, kerana mengingatkan itu ibadah.
“tulis, kerana rakaman itu iktibar.
“tulis, kerana pengalaman itu panduan.
“tulis, kerana ilmu itu suluh hidup.
“tulis, kerana berkongsi itu mencurah rezeki.
“tulis, biar semangat membangkit.
“tulis, biar yang tidur terjaga.
“tulis, biar yang lesu bersemangat.
“tulis, biar yang bodoh jadi pandai.
“tulis, biar ramai tahu kebenaran.
“tulis, biar yang sesat tahu jalan pulang…
“tulis, biar ikhlas, dik”

adik bertanya lagi,
“kalau tulis untuk popular, bang?”

“sebelum menulis, harus berguru.
“kalau tulis untuk nama, jangan terburu-buru.
“kalau tulis untuk wang, mesti berani bergelanggang.
“kalau tulis tentang kehidupan, harus mengembara.
“kalau tulis untuk hidup, mesti tanggung kepalsuan

adik terus bertanya,
“kalau tulis untuk kebenaran, bang?”

“membujur lalu melintang patah.”

Alang Budiman
18012016
11:03:39 pagi, Isnin
8 Rabiulakhir 1436H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s