adakalanya…

adakalanya…
engkau hidup sesudah mati

adakalanya…
engkau mati saat hidup

adakalanya…
engkau hidup bila dihidupkan

adakalanya…
engkau hidup-hidup dimatikan

adakalanya…
engkau hidup-hidup fikir kau akan mati

adakalanya…
engkau mati-mati fikir engkau akan hidup

adakalanya…
engkau tidak pasti,
apakah masih hidup
atau sudah mati

adakalanya…
engkau persetan hidup

adakalanya…
engkau persetan mati

adakalanya…
engkau mahu terus hidup

adakalanya…
engkau mahu sahaja mati

adakalanya…
hidup kau keliru
mati kau celaru

adakalanya…
matimu disebabkan hidupmu

adakalanya…
hidupmu membayangi matimu

adakalanya…
engkau tidak mengerti hidup

adakalanya…
engkau tidak mengerti mati

adakalanya…
engkau tidak menghargai hidup

adakalanya…
engkau tidak ingin mati

adakalanya…
serabut corak hidupmu
serabut corak matimu

adakalanya…
engkau mensyukuri hidup

adakala…
engkau mensyukuri mati

adakalanya…
engkau tidak mensyukuri hidup

adakalanya…
engkau mati tanpa menikmati
nikmat kesyukuran

adakalanya…

Alang Budiman
16 Disember 2015
Rabu, 10:11:12 pagi
4 Rabiulawal 1437H

About chairulfahmy

A writer.
Image | This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

3 Responses to adakalanya…

  1. hassanah1917 says:

    bukankah Pencipta Takdir itu sangat-sangat Maha Kuasa!!!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s