rintih penyair

kelmarin
penyair berkumpul
di laman Istana lama…
hadiri dua acara
Simposium Penulis Melayu Singapura 2015
dan pelancaran sebuah antologi sastera
‘Di Bawah Langit Tanah Pertiwi’

di pertemuan itu…
ada yang menyatakan hak
ada pula menimbulkan fakta
ada berkongsi cerita, kisah lama
ada mereka yang bangkit dan bersuara
ada juga yang mengimbau zaman lampau
ada sedia mengaju pendapat, menawar saranan
ada yang diam, tekun mendengar dan memerhati
ada turut merasa dan terasa, di tempat duduk, nampak resah

“kita ini bagaimana? penat menulis dan berpeluh dalam berkarya menjual cerita, tetapi buku tidak laku-laku!…”

“dipinjam tidak, dibeli pun tidak!”

“kita ini bagaimana?!”

LAIN DAHULU LAIN SEKARANG: Dulu masa tahun 70an, susah untuk hasilkan karya. Kalau ada penerbit sedia terbitkan naskah, ia sanggup tetapi bayaran untuk penulis amat sedikit, cuma $250. Zaman sekarang, si penulis kena membayar penerbit, sehingga $10,000, untuk menerbitkan karya mereka.

KAWAN 1 JAWAB: Harga diskaun yang perlu diberi kepada pengedar (kedai buku) pula antara 30-40 peratus.

KAWAN 2 BALAS: Kita mungkin tubuhkan persatuan ko-op…

KAWAN 3 BILANG: Buku buku sastera melayu pasti menjadi relevan jika mereka digunakan di sekolah sekolah menengah/ JC (maktab rendah) sebagai bahan bahan untuk mengajar bahasa ibunda.  Jika ada rancangan rancangan sampingan melibatkan generasi muda berkenaan dengan buku buku tempatan kita, buku buku ini pasti laku dan menjadi buah mulut orang ramai. insyaAllah

KAWAN 4 TANYA: Apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ASAS’50 (Angkatan Sasterawan 50) untuk mengatasi masalah ini ?

—————————————————————

FAKTA: Untuk meletakkan sesebuah buku sastera Melayu Singapura di kedai buku Popular Bookstore di sini, syarikat tersebut menghendaki penulis atau penerbit meletakkan cengkeram $1,000 untuk satu buku yang ingin dijual di toko buku itu. Ia satu hambatan.

FAKTA: Buku-buku sastera Melayu Singapura dikatakan diletakkan di tempat terpencil di perpustakaan Singapura.

FAKTA: Masyarakat Singapura, terutamanya bangsa Melayu dan Cina, sememangnya tidak mengendahkan karya sastera tanahair. Tiada penghargaan, jati diri.

FAKTA: Di Malaysia, buku-buku novel sastera dijadikan drama bersiri, filem. Ia membawa kepada sambutan yang baik. Buku laris dijual.

KAWAN 1 JAWAB: (1) benar sekali. Sehingga berhabuk namun masih suci. (2) kerana kurangnya / tiada pendedahan; atau mereka sengaja menjauhkan diri daripada bahan bahan akademik. (3) kerana ada pasaran / golongan penerbit / pengarah / penulis skrip dan sokongan wang / bahan untuk dijadikan filem.

KAWAN 2 BALAS: Dan pelajar pula hanya menyibukkan diri dengan teks yang menjadi silabus pembelajaran.

KAWAN 3 BILANG: Kita telah lama “dididik” hingga terdidik untuk membanggakan hasil kerja orang luar. Memang tidak salah namun inilah kesannya. Di sekolah belajar sastera Shakespear.

KAWAN 4 KATA: Fakta: Orang Singapura tiada masa untuk baca buku. Mula kerja jam 8 pagi, habis jam 6 petang. Otak sudah penat, jadi mahunya aktiviti yang santai sahaja selepas kerja.

—————————————————————

FAKTA: Buku yang diterbitkan penulis Melayu Singapura tidak dibaca masyarakat Melayu tanahairnya, sehinggakan dalam tempoh lima tahun sesebuah buku sastera Melayu itu diletakkan di rak-rak perpustakaan, ia tidak sekalipun dipinjam khalayak.

KAWAN 1 JAWAB: Tiada ulasan buku di akhbar tempatan. Atau ONLINE. Atau usaha lanjut memasarkan buku buku ini.

KAWAN 2 BALAS: Kalau ada pun, orang kita memang dah lama memulaukan akhbar tempatan atas sebab yang apa-apa entah. Maka, jika buku tidak dibaca, akhbar tidak dibaca, apa yang dibaca orang kita?

KAWAN 3 BILANG: Masyarakat Melayu Singapura rata-ratanya buta bahasa, buta sejarah dan buta budaya sendiri…

KAWAN 4 KATA: Saya rasa bukan masyarakat Melayu di sini tidak minat. Ini kerana kurang publisiti, buku ‘circulation’ (edaran buku) tidak luas untuk para pembeli. JIka buku melayu tempatan dilancarkan di gedung gedung besar pasti diberi sambutan. Radio boleh war-warkan pelancaran buku. Jka ada ‘slot’ (ruangan) rancangan khas untuk diskusi buku melayu di Ria atau Warna (dua saluran Radio Melayu di Singapura), pasti meyemarakkan lagi sambutan masyarakat tentang bahasa ibunda kita.

Saya kagum dengan generasi Melayu kini. (awal remaja dan orang 20an) Mereka bukan statik pemikiran, sangat kreatif, dan ‘network connection’ mereka luas. Bukan saja itu, mereka ni ‘bold’ mempunyai pendirian mereka sendiri. Memupuk minat senang jika kita selalu melibatkan mereka dalam masjlis majlis bahasa.

KAWAN 5 CAKAP: Akhbar BH/BM (Berita Harian/Berita Minggu) telah lama hentikan ruangan ulasan buku, di mana penulis-penulis seperti Anuar Othman, Rohman Munasip, Ahmad Md Tahir, Herman Rothman dan lain-lain sering menyalurkan ulasan/resensi buku tulisan mereka.

KAWAN 4 KATA: Sangat sayang sekali ruangan ini ditiadakan…

AKU JAWAB: Akan saya fikirkan cara terbaik untuk mengadakannya semula.

KAWAN 4 KATA: Jika ada anak muda yang mengalisa buku buku Melayu tempatan, itu lebih baik. *jika boleh* lol (ketawa terbahak-bahak). Ataupun adanya quiz di akhir ruangan untuk memancing para pembaca lagi baik. Dapat hadiah bertuah!

Sekadar saranan saje…

—————————————————————

SARANAN: Buku harus dipromosikan, dipasarkan seperti artis.

KHALAYAK: Ada mengangguk-angguk, ada mula angkat kaki keluar dewan…

pelancaran buku selepas itu menjadi harapan
tanda mula titik perubahan…

Alang Budiman
31 Oktober 2015
Sabtu, 3-4 ptg
18 Muharaam 1437H
Istana Kampong Gelam

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan, Pandangan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s