MRT

MRT bukan lagi pengangkutan gerak cepat
MRT bukan lagi kereta api yang menderu
MRT bukan lagi perkhidmatan laju

MRT bukan…
bukan MRT…

MRT putus nadi
semput-semput lalu mati…
MRT sesak nafas
dek muatan dimuat-muat sampai sendat

MRT dipaksa-paksa
sekali angkut ribu-ribu
kerana yang suruh begitu
bukan sahaja buta tetapi gila…

“namanya angkut, bukan?”

nama saja berpendidikan
otak mengalah udang…

MRT dahulu cantik kilat
kini tak sempat didandan
sampai debu-daki tebal melumur
sepanjang-panjang kereta api
dulu kilat, kini bagai besi karat…

MRT… oh MRT…
sekali terhenti
kerana sarafnya melayu-sepi
nyawa di hujung wayar…

tiba-tiba ada saranan dari corong belakang…
cari tikus!
gajikan penangkap tikus!

iya pak…
iya… iya…
iya pak…
sekarang pak…
bisa!

dan si mondok-mondok pun berkejaran
bertempiaran…

Alang Budiman
26 Oktober 2015
Isnin, 14:35:41 ptg
13 Muharram 1437H

 

=========================================

Khaw: Sistem MRT perlu lebih ramai jurutera ‘banyak makan garam’ 

Sistem kereta api Singapura memerlukan lebih banyak ‘penangkap tikus’ – jurutera ‘banyak makan garam’ yang punya ilmu dan pengalaman, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, dalam satu pos menyusuli gangguan kereta api pada pagi Isnin (26 Okt).

Mengulas mengenai gangguan dua jam MRT Laluan Timur Laut itu, Encik Khaw menulis dalam satu posblog bertajuk Menangkap Tikus bahawa “kerosakan seperti itu mencemarkan reputasi kita, dan kami sedang menggandakan usaha kami untuk mempertingkat kebolehpercayaan kereta api”.

“Warga Singapura layak mendapat lebih baik,” tambah beliau. BeritaHarian.sg

– Laporan lanjut di http://beritaharian.sg/setempat/khaw-sistem-mrt-perlu-lebih-ramai-jurutera-banyak-makan-garam#sthash.WVHcIa6j.dpuf

=========================================

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s