di bilik nombor 26

Aku masuk dan mengambil tempat sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak lama kemudian, tepat jam 9 pagi terdengar laungan perintah, “Bangun!” dan sekelian yang hadir, berdiri dan membongkok.

Setelah tegak kembali duduk, satu persatu kes diutarakan, nama disebut; ada chen, ada dol, ada siti, ada john, ada mary, ada velu, ada mike…

ada berjalan teratur
ada tergesa-gesa
ada seakan berkejaran
ada seakan jalan-jalan
ada pula melenggang
bersahaja masuk kandang…

Mereka tampil, ada secara peribadi,
ada pula lintas langsung depan tv…
ada ramai lagi bergari di balik jeriji besi
ada hadapi tuduhan, ada menanti hukuman
ada tunggu perbicaraan, ada pula mahu dibicarakan

ada hadapi kes keseorangan
ada pula berteman
ada yang bertiga
ada juga sekumpulan
persis enam jahanam
ada pula tak ubah
geng 606…

diantara mereka ada rambut hitam,
ada juga coklat, ada kuning-kuningan
ada juga pẽrang, ada dah beruban
ada berpetak, ada juga botak

di kalangan mereka
ada orang biasa
ada karyawan
ada ahli perniagaan
ada bekas banduan
ada pesalah bentan
ada pemadat
ada penjual madat
ada perempuan
ada lelaki
ada jalang
ada juga petualang
ada penjenayah
ada baru nak jadi…

ada berdiri tegak
ada berlagak
ada berani
ada malu
ada menunduk
ada tu nampak bijak
ada tu membongkok
ada tu macam bongok…
ada tu macam bodoh
ada tu buat bodoh-bodoh

Ada curi motor. Ada hisap dadah. Ada memiliki dadah. Ada tolong tailong. Ada macam-macam. Ada seorang si fulan, tidak hadir kerana cuti sakit lebih 90 hari. Dia di hospital, kata si pendakwa. Dituduh melakukan jenayah berat. Apa kes? Malas nak tanya… tak kuasa…

ada pakai penterjemah
ada mewakilkan peguam
ada tunggu peguam
ada menanti bantuan guaman
ada belum daftar pun untuk khidmat guam
hakim paksa suruh daftar hari ini juga
dia mengangguk…

ada ikatjamin ditingkatkan
ada ikatjamin dikurangkan
ada tak kisah jamin atau tak

Depan Hakim,
ada minta ihsan
ada muka kasihan
ada ingin telefon penjamin
ada bersuara, terang dan jelas
mohon pertimbangan
minta keadilan…
harap ihsan
kerana anak masih kecil
kerana orang tua, uzur dan renta
kerana isteri juga dipasung masa…

Masa kes di pengadilan
ada mengaku salah
ada mengaku tidak bersalah
ada tidak membuat pengakuan
ada masih berangan…

Sehari-hari di mahkamah
ada kes baru
ada kes disebut semula
ada kes ditangguh ke hari yang sama
ada kes ditangguh seminggu
ada kes ditangguh beberapa waktu
kerana ada bukti baru…

Diantara tertuduh
ada buat muka biasa
ada memang dah biasa
ada buat muka sardin
ada buat muka tarpal
ada sibuk lihat keliling
ada sibuk cari kerabat
ada ternampak kelibat, dan sibuk kumat-kamit
angguk-angguk, geleng-geleng dan angkat bahu
dengan tangan bergari, bahasa dalam isyarat…

Kala hakim buat pertimbangan
ada sengih-sengih
ada tunduk bisu
ada diam membatu
angguk dan geleng
saat sampai waktu…

di bilik nombor 26
yang berhawa dingin
ada hadir sama isteri
ada hadir sefamili
bawa anak bini
ada hadir sama mambang
ada matair berpakaian merah jambu
tanpa segan meluahkan depan-depan
“I love you…”

Alang Budiman
30 September 2015
16 Zulhijah 1436H
Rabu, 14:16:23ptg

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s