menjauh

perjalanan ini sepi serasanya
yang kedengaran hanyalah kicau burung, sahutan cengkerik dan desir angin

“engkau diam kelihatannya. tiada lagi bicaramesramu.”

“aku diam kerana ingin menjauh.”

“engkau demikian meski tahu aku dalam perjalanan yang ini.”

“aku diam dan mendingin kerana tidak mengingini hadirmu lagi.”

“engkau membiar aku simpang siur dalam perjalanan menujumu.”

“hadirmu tiada ertinya lagi.”

“biarlah hadirku tiada harganya. biarlah perjalananku ini, walau perlahan dan dalam simpang-siurnya, tidak bererti. aku sedia menanggapi tetapi tidak sekali aku menjadi petualang yang membunuh cintaku.”

“aku tidak mampu menunggumu.”

“aku terus dalam perjalananku. cintaku tidak mati.”

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s