perjalanan

“sudah terima e-mel?,” dia bertanya.

“mungkin. aku belum mau membukanya jika ia tiba. dari siapa?,” tanyaku.

“engkau tidak akan percaya. dua-tiga hari lalu nama kau disebut-sebut. jadi e-mel itu aku rasa pasti dah tiba. pergilah periksa,” katanya dengan nada ceria.

“nama aku disebut-sebut? haha… buat apa disebut lagi. tak payahlah… aku baru bilang seseorang kelmarin, anggap saja aku dah mati,” kataku jelas dan mendatar.

“engkau ni! ke situ pulak. rezeki engkau kali ini. pergilah buka e-mel tu!,” pintanya penuh harap.

“tidaklah. biarlah e-mel itu di situ. ada yang lain lebih berhak. mereka yang menunggu e-mel itu, bukan aku,” jawabku ringkas.

“jadi engkau akan biarkan e-mel itu begitu sahaja. jangan gini beb, orang lain susah payah cari peluang, yang kau ni buat tak tau pulak!,” tanya beliau.

“haha… tolong sampaikan beb, kalau dorang tanya aku, bilang terima kasih kerana sudi sebut-sebut namaku. aku tidak mau singgah. sekadar tumpang lalu saja,” kataku bersahaja.

“huh?!” luahnya kaget.

“tak perlu terkejut beb. yang penting perjalanan mesti diteruskan,” kataku.

“habis kalau dorang tanya? aku nak cakap apa beb?” dia tanya bersungguh-sungguh.

“bilang dorang… cari lain. itu je. tak susah kan?” kataku dengan senyuman yang mulai lekang.

“engkau betul tak nak?” tanya dia meminta kepastian.

aku hanya mampu melemparkan senyuman…

Alang Budiman

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Jejak Diri. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s