Anjing

 

anjing memang begitu
senang dia menjelir-jelir
suka dia menjilat-jilat
gemar dia meleser-leser

anjing ni begitulah
dia sama dia pun berbulu

kalau dah anjing
gonggong-gonggong
tak berlagu…

sifat anjing lagilah…
dah dilepaskan bila tersepit
sudah lepas dia menggigit

…seperti anjing kepala busuk

memang macam tu lah anjing
tak semena-mena menyalak
tak pasal-pasal menggeram
tau-tau naik angin
suka-suka kejar
tiba-tiba gigit

anjing ni begitulah
tamak tak agak-agak
dah rezeki dalam mulut
milik yang lain nak dirampasnya
… makan muntah sendiri

kalau dah anjing namanya
depan tuan tunduk
ekor goyang-goyang
suara dengar manja
macam kucing alimnya
belakang tuan…
lidah terjelir
… tempat tuan dikencingnya

anjing ni jangan kita tak tau
cepat pasang telinga
senang ikut perintah
disuruh kejar dia kejar
disuruh lari dia lari
disuruh jaga dia jaga
disuruh salak dia menyalak
disuruh jaga lidah jangan menjelir
sumpah dia tak mau

anjing ni macam-macam
pelbagai rupa perangai pun rencam
ada anjing gila
ada anjing takut bayang-bayang
ada anjing salak bukit
ada anjing dengan tahi
tak makan atau menjilat
tapi mencium ada juga…

Alang Budiman
21 Oktober 2014
Selasa, 2254:10 malam

 


 

PETALING JAYA (25 Oktober 2014) – Penganjur kempen sentuh anjing, Syed Azmi Alhabshi menyatakan permohonan maaf atas sebarang kontroversi yang berbangkit mengaitkan program anjurannya, ‘I Want To Touch A Dog’, pada Ahad 19 Oktober 2014 lalu. Menurutnya, program itu adalah proses pembelajaran untuk menghormati makhluk ALLAH yang kian dipandang hina dan didera oleh masyarakat. “Saya ingin memohon maaf di atas sebarang ketidaksenangan yang berbangkit disebabkan program itu”. Acara ini menarik kira-kira 1,500 orang dan membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing.

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s