raut falastin

Ingat, gencatan senjata bukan bermakna keamanan untuk Palestin.

Ingat, melancarkan roket bertubi-tubi bukan bermakna Muslim di Gaza adalah pengganas.

Ingat, perjanjian damai yang dijejerkan bukanlah kedamaian untuk Palestin.

Ingat, huraian yang ingin disepakati bukanlah keadilan untuk Palestin — sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Ingat, saranan membentuk dua negara berjiran tidak bermakna kewujudan sebuah Palestin berdaulat.

Ingat, Arab berpecah-belah tidak bermakna Muslim tidak bersatu dalam membantu Palestin.

Ingat, Kota Lama Baitulmakdis adalah tanah Palestin, sebagaimana Ashkelon dan Sderot.

Ingat, kekuatan sebuah watan tidak terletak pada senjata.

Ingat, seburuk mana penindasan, tidak seburuk azab yang menanti mereka yang menindas.

Ingat, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.

Ingat, Allah juga Maha Mendengar dan Maha Berkuasa

Ingat, Allah yang Menjadikan sesuatu.

Ingat, Allah lebih mengerti apa yang berlaku.

Ingat, jangan berhenti berdoa agar Palestin menikmati RahmahNya dan perlindunganNya.

Ingat, jangan sesekali menyerah.

Ingat, terus berdoa walau pasrah.

Ingat, kehidupan adalah Jihad.

Ingatlah…

 

Alang Budiman

19 Julai 2014, Sabtu

21 Ramadan 1435H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s