Maaf atau tiada maaf

Oleh CHAIRUL FAHMY HUSSAINI

DALAM hubungan antarabangsa, permohonan maaf bukan sesuatu yang mudah dilafazkan.

Ia tidak semudah kita bermaaf-maafan semasa Lebaran.

Jadi apabila Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko, dinyatakan sebagai telah meminta maaf pada 15 April lalu semasa diwawancara media Singapura, ramai melihatnya sebagai satu langkah murni Indonesia untuk “membuang yang keruh”.

Namun, apabila Jeneral Moeldoko menyatakan sebaliknya dua hari kemudian – yang beliau sebenarnya tidak memohon maaf atas penamaan kapal perang barunya, ‘Usman Harun’, sempena dua askar marin Indonesia yang dihukum mati kerana serangan ganas di Orchard Road pada 1965 – banyak pihak seakan tidak percaya.

Hakikatnya, panglima tentera itu memang telah membuat permohonan maaf – sesuatu yang beliau sendiri tidak menafikannya.

Tetapi kemaafan yang dizahirkan Jeneral Moeldoko itu harus dinilai menurut apa yang tersurat dan apa yang tersirat.

Secara amnya, maaf boleh dinilai menurut empat keadaan berbeza:

1. Pertama – pelaku meminta maaf kerana berlaku sesuatu yang tidak disengajakan. (Maaf kak! Boleh cakap kuat sikit? Karaoke kat bawah blok ni memekak ah…)

2. Kedua – seseorang memohon maaf dan melahirkan kesal kerana tindakannya menyebabkan berlakunya suatu perkara lain yang tidak disengajakan. (Maaf! Saya ingin belanja awak makan beriani hari ini tetapi beg duit pula tertinggal di rumah…)

3. Ketiga – pelaku meminta maaf kerana terpaksa melakukan sesuatu yang mendesak pihak kedua demi memenuhi tuntutannya sendiri. (Maaf! Saya terpaksa buat helah jadi awak bayar hutang saya yang dah 10 tahun tertunggak itu…)

4. Keempat – seseorang memohon maaf dan melahirkan rasa kesal dan enggan mengulangi perbuatannya. (Maaf! Saya kesal berjudi sehingga menyusahkan awak. Saya tidak akan ulangi perbuatan itu.)

Jika kita lihat contoh pertama, permohonan maaf yang diutarakan si pelaku hanyalah sekadar menyedapkan hati seseorang tanpa perlu menyatakan kekesalan kerana apa yang berlaku adalah di luar kawalannya dan tanpa disangka.

Contoh kedua menyaksikan satu keadaan di mana ketidaksengajaan si pelaku telah menyusahkan seorang lain dan menyatakan kekesalan kerana sememangnya tidak menginginkan hal seperti itu berlaku.

Contoh ketiga menunjukkan pelaku memohon maaf dalam keadaan terpaksa demi mencapai matlamatnya.

Contoh keempat pula menggambarkan si pelaku sebagai menyesali tindakannya dan meminta maaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Jadi bagaimanakah harus kita menilai permohonan maaf Jeneral Moeldoko itu?

Dalam hal ini, perlu sekali disedari bahawa pernyataan maaf Jeneral Moeldoko hanyalah satu basa-basi politik.

Ia berlaku kerana beliau menyedari kesannya dalam keghairahan rakyat dan pemimpin negara itu menghadapi pilihan raya umum dan pilihan raya presiden.

Tentu sekali semangat nasionalisme ketika ini menongkat egoisme pemimpin dan andai silap langkah, panglima tentera nasional Indonesia itu akan terbenam dalam asakan warga yang berdiri atas maruah negara.

Tetapi apakah sebenarnya erti kemaafan yang telah beliau zahirkan semasa wawancara itu.

Ia sebenarnya lebih condong pada contoh kedua – Jeneral Moeldoko mengharapkan Singapura menerima keadaan yang berlaku akibat keputusan mereka itu seadanya – meskipun ia sesuatu yang sangat melukakan.

Sebagaimana dinyatakan di laman rasmi Facebook beliau:

“Kami memohon maaf di atas penamaan kapal ‘Usman Harun’ jika Singapura merasa terkilan, tetapi sebagai sebuah negara berdaulat, Indonesia tetap dengan keputusannya dan tidak akan mengubah nama kapal itu. Mengenai perkara ini, kededua negara telah mengadakan komunikasi berterusan.”

Meski ia sesuatu yang dikesalkan, tindakan Jeneral Moeldoko mencacatkan salah satu ciri kepimpinan beliau – kewibawaannya yang tercalar disebabkan episod ini.

Berita Harian | Wacana
Jumaat, 25 April 2013
25 Jamadilakhir 1435H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s