MH370 (ii)

MH370

ajalnya di tengah laut gelora

sendu

Alang Budiman
24 Mac 2014

— PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi. Dalam satu sidang tergempar sekitar 10 malam tadi, beliau berkata pesawat tersebut telah terbang di sepanjang koridor selatan, barat dari Perth Australia.

Datuk Seri Najib tidak mengambil soalan dalam sidang ringkas itu selain mendedahkan lebih banyak perincian akan diumumkan dalam satu sidang media pagi esok.

Dalam pada itu, sejurus sebelum sidang tersebut, Penerbangan Malaysia (MAS) telah memaklumkan anggota keluarga penumpang MH370 bahawa pesawat itu besar kemungkinan telah terhempas dan semua nyawa terkorban.

Menurut Datuk Seri Najib, pihak berkuasa Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dan syarikat satelit Inmarsat telah “membuat perkiraan lebih lanjut menggunakan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini”.

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s