Hilang

Lontaran bertalu-talu
seribu satu persoalan
berjuta lagi menari-nari
dalam akal fikir

perasaan bercampur-baur
runtunan hati semarak
citra warna
sendu pilu resah amarah
adalah tautan perasaan
sejak delapan hari* tidak berhujungan

pencarian masih belum berakhir
yang tinggal bukan bebayang
cuma harapan, seberkas

Alang Budiman
15 Mac 2014
18:00:08 ptg
Sabtu

* – Pesawat Malaysian Airlines MH370
yang membawa 227 penumpang termasuk 12 anak kapal dilaporkan hilang dari pengesanan radar kira-kira 40 minit setelah berlepas pada 12:30 tengah malam dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangaa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, pada Sabtu lalu. Ia sepatutnya tiba pada 6.30 pagi. Sehingga kini pesawat gagal dikesan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.

Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. Pencarian di Laut Cina Selatan telah dihentikan. – Agensi, BERNAMA.

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s