melampau yang terlampau

yang zahir itu tersurat.
yang tersirat itu cerminhati.
satu penjarahan susila.
maruah dicampakbuang.

Chairul Fahmy Hussaini
5hb November 2013
1hb Muharram 1435H
23:29:40hrs

Nota – Pemerintah kekal pendirian berhubung isu tudung.
Ia tetap tidak membenarkan Muslimah di jabatan awam
yang berpakaian seragam mengenakan tudung / hijab,
contohnya, polis, tentera dan jururawat.
Petang 5 November, Anggota Parlimen Melayu
Parti Tindakan Rakyat (PAP) menemui
Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Setelah itu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean
menyatakan kepada media, “pemerintah memahami
perspektif setiap masyarakat dalam menangani isu-isu
yang dianggap penting, namun pemerintah juga
mempunyai tanggungjawab mengimbangi
keperluan-keperluan berbeza”.

———————————————————————————————————————

    Pertemuan 25 Januari 2014, Sabtu

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah memahami aspirasi masyarakat Melayu/Islam mengenai isu pemakaian tudung, namun beliau mengajak semua pihak agar melangkah dengan berhati-hati, secara bertahap-tahap dan bukan bertindak melulu.

Beliau menarik perhatian bahawa sepanjang 10 tahun lalu sudah jelas ada kemajuan dalam isu pemakaian tudung dengan banyak badan berkanun membenarkan kakitangan mereka memakai tudung bersama pakaian seragam atau uniform mereka.

“Keadaan yang kita lihat hari ini tidak akan kekal begini. Tetapi kita harus melangkah dengan berhati-hati, secara bertahap-tahap dan bukan bertindak melulu ekoran tekanan atau kerana didesak,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada media di akhir dialog tertutup dengan pemimpin Melayu/Islam mengenai isu tersebut semalam. Sekitar 100 pemimpin and anggota masyarakat Melayu/Islam menghadiri dialog di Mes Pegawai Kanan Polis di Mount Pleasant Road.

Turut hadir adalah beberapa Menteri Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dan Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-undang. Encik K. Shanmugam.

Sesi dimudahcarakan oleh Menteri Negara Kanan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

– Laporan lanjut di http://beritaharian.sg/premium/wacana/pm-pemerintah-fahami-keinginan-namun-perubahan-perlu-masa#sthash.pTmKo0JX.dpuf

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s