Takut yang dimomok

http://beritaharian.sg/gah/sastera/ilham-chairul-fahmy-dari-mata-pena

Hari ini azamku
mengajar anak-anakku erti kurang ajar
agar mereka tidak lagi malu

biadap nanti!, kata si ibu.
tidak!, kataku.

biar mereka lantang dan bukan lancang
biar mereka suara, dan tidak sekali diam digertak
biar mereka berkata dan segala ilmu digeledah dan diketengah
jangan sekali berilmu, tunduk mengangguk dan membisu
biar anak-anakku jadi kurang ajar
agar mereka tidak diterjah dan digugah
oleh takut yang dimomok-momok

Hampir lima darsawarsa aku rasa sudah…

Chairul Fahmy Hussaini
29hb October 2013
Selasa, 09:21:23 pagi
24hb Zulkaedah 1434H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s