Anugerah Persuratan 2013

tepuk sorak gemuruh mengisi Dewan
meraikan kemenangan karya sastera
satu persatu dibilang, mantap hebat
kupasan dan ceriteranya dicanang…
penyair dialu, sasterawan dinobat
hadiah disambut, meleret senyuman
habis majlis usai acara Dewan sepi…

sejauh mana kemenangan
tiap satu karya yang dibilang-bilang…
merakyatkan sastera
mematangkan akalfikir
mendewasakan si akil baligh
melerai persoalan anak zaman
tentang penyisihan
tentang hambatan
tentang hadangan
tentang keadilan,
tentang kemajuan…
yang kempas kempis

oi penyair!
dengar tidak…
suara dan laungan demokrasi
gemanya… meritokrasi
keduanya lurus condong
sebelah…

oi penulis besar!
jangan sibuk karang-karang
kerana nama, kerana anugerah
tak seberapa…
yang seminit bersinar
sesaat kemudian penuh habuk…

oi sang pujangga!
jangan dibiarkan cengengmu menyerlah
melolong puisi cinta!
ketololan harus dimusnahkan
sastera tidak harus lagi gemalai…

randai!

Alang Budiman
3 Oktober 2013, Khamis
27 Zulkaedah 1434H
10:09:44 hours

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s