Main

=============================

“Penulis tidak perlu takut dan bimbang dengan cap mohor propaganda, malah dalam keadaan politik dan ekonomi sekarang ini dan dalam keadaan kehidupan manusia abad dua puluh ini, penulis membikin propaganda daripada ciptaan seni sastera yang bernilai.”

Tongkat Warrant @ Usman Awang, semasa ceramah yang disampaikan dalam majlis ceramah anjuran Kelab Sosial, Universiti Malaya, 2 Oktober 1969.

=============================

main-main kata
main kata-kata
kata main kata
kata, mengata
terkata, dikata

main-main cakap
cakap main-main
main cakap-cakap
salah cakap, tercakap
terperangkap
gagap

main-main tulis
tulis main-main
main tulis
asal tulis
terguris

main-main suara
suara main-main
suara main suara
suara dengan suara
terkuat, terkasar
tercakar
tertengking
terkedu
terpanar
terdiam
terkesima

main-main masuk gelanggang
masuk gelanggang kena main
terus jaru
haru, biru

main suka-suka
suka-suka main
suka-suka kata
suka-suka cakap
suka-suka tulis
suka-suka suara
asal semua semua
janji semua suka-suka
main…
… bahasa.

alang budiman
14 september 2013
sabtu, 1812 petang
Gig Puisi, Bulan Bahasa 2013
Perpustakaan Serantau Jurong
Jurong Central 1

Sent from my iPad

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s