Titipan buat ratna

ku kira keputusan itu dibuat
tanpa pertimbangan wajar
tanpa mendasari akarjiwa
yang bertemali benih kasih
makna dan maksud satu kehadiran
ikhlas dan tulus

langkah itu tergesa-gesa kiranya
sama dengusan dan semarak amarah
mengelegak dan bergelora dadajiwa
satu persatu kebenaran ditelanjang
tekad membulat tiap dakwaan
mendurjana yang hakiki
kejujuran dipersetan
satu persatu kecaman bertamu
beraya semahumu
satu persatu bidasan dilontar
pedas, perit, pedih, perih

tiap luahan kata-kata
tiada lagi mesranya
tiada lagi rupanya
apa lagi bahasanya
tiada nilainya
tiada lagi ertinya
dingin
sepi
membatu

benar ratna
adanya kebenaran
tapi ia bukan suatu keadilan
tuntas, apalagi menepati kerangka kebenaran sememangnya sukar
menerima dan menghargai suatu kebenaran hanyalah dambaan, kerana pertimbangannya tidak pernah seimbang
sebagaimana yang ini
aku gambarkan

pergimu adalah kehilangan
kehilanganmu satu kerinduan…

Alang Budiman
17 Mac 2013
Ahad, 01:50 pagi

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s