Yang lahir itu dari qolbunya dia

(Dongeng Ceritera Rakyat)

Haha…
terjerit-jerit
sakitnya kepalang
mabuk, pening, pusing
berpinar, seriau mata memandang
angka-angka itu bukan satu-dua, tiga-empat
tapi sekali lontar, aduh… gila!

Haha…
terlolong-lolong
sampai nak terkeluar anak tekak
mata berair hampir nak menangis
terbeliak, terbelolok biji mata
sekali pandang, aduh… sawan!

Haha…
terpekik terpekau
bila satu-satu buka mulut
semua bilang sama
suara garau dan parau
yang sedap dan lemak, takde dah!

Haha…
ribut!
satu pulau ribut!
terpempan terpacak
pemimpin diserbu kulat
geli geleman sampai hilang pedoman
entah mana langgam mana tarinya
entah mana pulak rentak lagunya
riuh!!

Haha…
gelak teringat lawak
pemimpin masuk dewan senyum
ada manis, ada tersimpul
lalu berangkat pergi bentara
tinggal dipertua mula bicara

“sekelian memanda dan biduanda…
“bentang lekas segala yang kurang
“bilang mana yang keperluan
“ajukan ramalan kalian
“khuatir jangan, di kalanganmu ramai bijak memandai!”

haha…
sejenak hening dewan
sejurus kemudian bangun seorang memanda
“soldadu pencen!,” bisik seorang biduanda pada rakannya
“syyhh… diam! dia tu keladakku, mesti dengar!” jawab rakannya bangga

memanda letak dokumen depan mata, berdehem
semua memandang ke arahnya
cicak di tepi dinding juga diam sejenak
apalagi barisan semut yang mengekor
di celah rekahan balik dinding
mereka dongak dan menjenguk
dalam bahasa yang cukup halus
cicak dan semut mengeluh: “… balik-balik dekni…!!!”

“puan yang dipertua”, ucap memanda…
“dan sekelian memanda dan biduanda
ahli-ahli yang dipimpin…
(cuit-bisik seorang memanda kepada seorang memanda lain:
eh… bukan ke kita ni sepatutnya
dipanggil “ahli-ahli yang berhormat”?)
“akan pulau entah mana ini
“makmur dan sentosa sekali
“janganlah fikir ia sedemikian
kerana disebabkan usaha semua rakyat dan jajahan
“walhal yang sebenarnya dijayakan si turut dan tukang
“bukannya anak bumi…

“puan dipertua…
“sampai kita di simpang sekarang
“mencari pedoman laluan ke depan
“untuk maju dan maju lagi
“harus kita tambah orang di pulau yang kita kasihkan ini

“apa maksud memanda?” tanya puan dipertua

“kisahnya rakyat jelata di sekelian bandar dan wilayah
“kurang sekali beranak, yang mandul pun banyak
“seyogia makin berkurang yang muda, kita makin tua

puan dipertua bingung dan bertanya
“eh… rakyat kita bukan kah ramai memanda, 5.35 juta?
“tak mencukupi?

memanda dan biduanda yang lain buat diam…

memanda jawab
“tak cukup puan, yang tua mati tiada pengganti
“yang muda lagi terkapai-kapai sendiri…

balas puan dipertua
“eh… bukan ke kita ada 63 pulau dan tanah jajahan?
“sekelian hamba rakyat mana gerangan?

balas memanda

“pulau belakang itu?
“Mati puan… walau warganya kaya-raya
“jumlahnya tiga ribu sahaja…
“separuh anak tempatan,
“lainnya dari seberang”

“yang lain? semakau?” tanya puan dipertua tidak puashati

“eh lupa semak kau? budi dilupa orang sampah ke-tanaman?

Ahahahahahaha… bergegar dewan dek tawa memanda dan biduanda

“maaf puan, senda bergalak
“dulu kan dah dihalau keluar dari segala pulau dan jajahan
“mana lagi yang tinggal puan, yang ada pun beberapa kerat di ubin
“senang tak senang lagi, dibom bertalu
“jangan kata buaya, hantu pun tak ada
“(perlahan) suar…

“Apa kata memanda?” tanya puan dipertua antara dengar dengan tidak

Kata memanda bersahaja
“Tidak… saya kata subar, pulau subar senyap tak berpenghuni…
“yang ada ayer chawan, berluboh tangki, bukom jangan cakap lagi…

hadirin senyum sumbing…

puan dipertua bertanya
“jadi hurainnya?”

kata memanda dengan penuh semangat
“telah saya hitung dan bilang
“kita perlu tambah orang
“kita galak yang muda, cepat main…opocot! maaf puan, maaf puan!!
“maksud saya cepat kahwin, kerap beranak
“kalau kurang kita tambah… dari seberang

yang dipertua kurang jelas
“iyalah, berapa ramai maunya nanti?”

jawab memanda dengan senyum meleret
“dari pertimbangan dan kira-kira
“6.9 juta!”

puan dipertua tersendak, terkedu tak terkata
si bentara yang berdiri tercongok sejak lama
hampir pengsan

si pelaung mula bilang orang banyak
si pemukul gong mulai bertalu

“kenapa tak cukupkan 7 juta sekali?” tanya dipertua

“pasal tuan kata jangan… 6.9 tu punya makna…” kata si memanda cuba beri penjelasan

“politik tonggang terbalik!” terus jawab si bentara tanpa mempedulikan memanda yang terlopong mulut

“ini politik pengkotakatikan!” laung pula si penggawa yang berdiri di sudut terlindung

“ini politik sendiri bikin!” laung pula ketua dayang.

Suasana jadi hingar bingar.

Segala memanda dan biduanda kaget.

Dewan tak lagi sepi…

Alang Budiman
Sabtu, 09022013
28 Rabiulawal 1433H
02:54:12 pagi

 

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s