Bicara Siang pada Hati

Siang,

Salam Aidiladha. Hari Tasyrik pertama hari ini.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahilhamd.

Jutaan umat Muhammad telah pergi meninggalkan Arafah, menuju ke Mudzalifah semalam untuk menunaikan ibadah melontar jamrah, antara rukun Haji terakhir. Hari ini, Insya Allah, hampir kesemua yang di Tanah Suci telah pun bergelar Haji dan Hajah. Kepada mereka yang dapat berpulang menemui Ya Rahman saat mengerjakan haji, doaku buat mereka, takziahku buat keluarga mereka. Bagi jemaah yang pulang nanti, moga mereka beroleh Haji mabrur, Insya Allah.

Siang, Hati telah putuskan semalam, tidak dapat lagi menahan Dikau setelah apa yang berlaku. Keputusan yang diambil benar-benar merentap jiwa lara, tentunya. Kekosongan itu akan bertandang lagi, tidak dapat dinafikan. Mungkin engkau akan bertanya mengapa ini terjadi, mengapa tidak Kesabaran membantu dalam hal ini.

Siang, setiap perkara ada had dan batasnya, begitu juga aku. Segala yang terjadi tidak lagi dapat disimpan dan luka yang lama meski dirawat, tidak lagi sembuh tetapi mula berair dan bernanah. Dikau tidak pernah mengerti keadaan Hati, yang setiap hari berusaha menawannya.

Siang, Dikau tidak pernah peduli. Biarlah, walau keadaan Hati tidak segembira dahulu. Walau Hati tidak seceria selalu. Baginya, Hati hanyalah pendamping Dikau dan bukan sebenar-benar penyuluh hidup.  Jadinya, Hati memutuskan untuk melontar jauh sisa-sisa bayangan Dikau yang ada, biar ia pergi.

Siang, telah aku katakan pada Dikau semalam – Pamit.

Alang Budiman
7 November 2011
11 Zulhijjah 1432H
Isnin, 1316:16 tghari

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Jejak Diri. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s