mencari detik itu

Lagu itu berkumandang agak lama. Kita-kira empat minit kemudian, ia terhenti dan suasana kembali sepi. Sunyi membuat fikiran terus menerawang dan segala di akal fikir mula bermain dan menari. Teringat seketika, waktu bermain longkang di kampung. Teringat tugas yang masih belum selesai dikerjakan. Teringkat ninda yang telah berpulang. Teringkat leteran ibu seminggu sudah, teringat dengkur bapa kelmarin. Teringat dan teringat…

Duduk ku di sofa ruang tamu masih tidak berganjak sejak sejam-dua lalu. Akhbar telah habis ku baca, diteliti dari satu muka ke muka yang lain, dari satu laporan ke satu laporan yang lain.

Politik, kata hati, saat terbaca tajuk utama muka depan, tambang bas, tambang keretapi mungkin naik lagi. Siapa peduli angkat muka dan bersuara, cetus kata hati, kalau rakyat masih dimomokkan dengan rasa takut, rasa bimbang, akan ditankap, diseret dan dibuang masuk penjara tanpa bicara.

Sedang fikiran terus melayang, teringat perhimpunan haram baru lalu, Bersih 2.0. Ah, satu lagi propaganda politik pembangkang seberang tambak. Hati berkata, tiada guna berkata kalau hati sudah membulat, cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara gila…

Aku tenung dan renung kembali kejadian, terasa sekali betapa politik telah memecahkan perpaduan Melayu. Bangsa lain, senegara, balik rumah duduk diam-diam. Yang petualang, senyum dan ketawa. Melayu, bila gaduh buruk! Lupa diri, lupa keluarga, lupa segala…

Fikiran mula menari-nari. Apa bezanya di tanah sekangkang kera ini, yang perhimpunan haram serupa yang dibuat di di tengah-tengah gah kota KL tidak pernah nampak wajah? Haha… demokrasi dan politik. Ia permainan si punya kuasa.

Kuasa!!!

Deringan telefon memecah sepi waktu.  Aku terjaga.

Alang Budiman
Julai 13 2011, Rabu
18:18:20 malam
11 Syaaban 1431H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s