Bersih & Kotor

(usainya Bersih 2.0)

mereka datang
hadir ribu-ribu
di tengah ibu kota
di tengah pusat bandar

demokrasi!

mereka jalan
berdedai-dedai
ikut laungan, ikut pekikan
ikut sorakan, ikut perasaan
singsing lengan

demokrasi!!

dari segenap ceruk
datangnya bertali arus
sekali tampil gagah
digasak gas pemedih mata
lariannya tanpa arah
susup sasap masuk tiap ceruk
dan, selautan warga menyeranah

Oi! Polis! Langgar hak asasi!

demokrasi!!!

dan, pemimpin yang mula tampil
dan kemudian digari
atau yang seketika beraksi
dan sepantas detik mengadu disakiti pak polisi
tersenyum dan ketawa dan geli hati,
lihat ramai ke depan, berani mati

demokrasi!!!
(bodoh punya pengikut! janji bukan anak sendiri!!)

Alang Budiman
9 Julai 2011, Sabtu
7 Syaaban 1431H
21:26:56 malam

** Kerajaan Malaysia berusaha mengelakkan perhimpunan Bersih 2.0, anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), hari ini, seperti yang pernah berlaku pada 10 November 2007, di Kuala Lumpur, yang ketika itu menyaksikan lebih 60,000 penyokong Bersih berhimpun meminta diadakan pembaharuan dalam pilihan raya umum. Polis Di Raja Malaysia menganggarkan hanya sekitar 6,000 orang tampil berhimpun kali ini.

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s