Jalan beraya dengan ‘baju Jepun’?

Suara Adam

Oleh Chairul Fahmy Hussaini

SEMASA dalam perjalanan untuk ‘beraya’ pada Hari Raya kedua baru lalu, saya ternampak seorang wanita dalam lingkungan usia awal 20-an tahun mengenakan pakaian ala Lolita Jepun.

Alamak cik adik oi… ni Hari Raya lah… bukan masa santai di Shinjuku.

Busuk-busuk pun pakailah baju kurung… Wangi-wangi pulak, pakai kebaya, bukankah lebih manis dan menawan?

Hairannya, ibu cik adik tu yang kelihatan anggun berbaju kurung (entah klasik entahkan moden) buat tak kisah dengan penampilan si anak yang ber-lolita.

Kenapa begitu?

Bukankah cara kita berpakaian menampilkan ketrampilan dan keperibadian kita.

Lebih molek lagi jika si ibu itu dapat memikat si anak untuk turut sama berbaju kurung dalam meraikan Lebaran, sekali gus memartabatkan lagi fesyen dalam dunia Melayu.

Sememangnya kita digalak berfesyen, tetapi biarlah kena tempat.

Nasib baik gadis awal 20-an tahun itu mengenakan pakaian Lolita yang berwarna lembut dan panjangnya sedikit melepasi lutut.

Kalau beliau mengenakan pakaian Lolita berkonsepkan ‘Gothic’ (berwarna suram dan penampilan seram), memang haru dibuatnya.

Pakaian Lolita, yang boleh sependek paras paha atau melepasi paras lutut, menggambarkan seseorang gadis seakan ‘patung’ yang ‘comel lote’, apa lagi dengan reben besar diikat di belakang.

Satu lagi yang sering dilihat sempena Lebaran ini, kian ramai yang kaum Hawa yang memperagakan abaya ataupun jubah.

Seorang rakan wanita, menyatakan alasan beliau lebih gemar memakai abaya atau jubah hitam “sebab ia ringkas. Slip-on (sarung) aje. Macam baju panjang.

“Ada maca-macam design (rekaan)… ada cutting (potongan)… material (jenis kain) pun sedap dipakai… lagipun warna hitam ni buat kita nampak kurus,” katanya.

Kata kawan saya tu lagi, trend ini terjadi kerana adanya permintaan ramai disebabkan bekalan yang lebih mudah dan menyeluruh.

“Dulu, baju-baju gini cuma terdapat di negera Arab aje.

“Tapi, apabila budak-budak (penuntut) kita di Mesir, Syria semua balik Singapura dan gayakan, semua orang minta belikanlah!

“Dari situlah mulanya mereka (pelajar-pelajar) ni mulakan perniagaan secara online di Internet,” ceritanya, wallahu’alam.

Rakan saya menerangkan, jubah merupakan pakaian yang tertutup di bahagian depan sementara abaya lebih bersifat terbuka, di mana wanita lebih senang mengenakan pakaian lebih ranggi dan seksi – jeans dan spaghetti strap – tetapi menyembunyikannya dengan memakai abaya.

Hmm… iyalah tu.

Bukan apa, saya merasakan kita kurang menghargai hasil tangan kita sendiri sebagai orang Melayu. Bukankah lebih baik menonjolkan budaya kita daripada menjulang budaya asing.

Dari situlah kita dapat mengantarabangsakan baju kita sesuai dengan era penyejagatan atau globalisasi yang sekarang.

Kesian tukang jahit kita, terutama yang mengambil upah jahit di rumah atau di sudut terpencil di antara deretan kedai, tempahan hanya datang setahun sekali-dua.

Jadi mengapa tidak kita bantu golongan ini agar mereka juga dapat membuat toko baju sehebat jenama antarabangsa yang lain dan kita sekali gus berbangga dengan baju kurung kita sendiri?

Akhir sekali, belum terlambat kiranya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca. Minal Aidil Wal Faizin Wal Makbulin.

Andai ada kesalahan atau sesuatu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam tulisan-tulisan yang lalu, mungkin entah lebih ‘tajam’ suntikannya, atau lebih ‘pedas’ rasanya daripada biasa, saya mohon maaf zahir batin.

Ekstra | Suara Adam
Berita Harian, Sabtu
2 Oktober 2010
23 Syawal 1431H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan. Bookmark the permalink.

One Response to Jalan beraya dengan ‘baju Jepun’?

  1. assalamualaikum..boleh saya dapatkan email alang?? dari along_cheras

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s