Lorong

Lorong Sehala
Perjalanan dicipta
Ukurtara kemampuan
Seorang manusia berjalan
Dicelah-celah lorong itu;
Hitam

Lorong dwi hala
Bergegas mengarah
Safa ke Marwah
Di antara ratusan ribu jiwa
Mencari kebenaran
seruan; Tuhan

Lorong dicipta
kita untuk kita
Arah Barat dari Timur,
Utara dari Selatan
Perjalanan manusia yang licik
Arah mana yang disuka
Sayang, sekadar bulatan dunia

Lorong dicipta
Untuk kita
Perjalanan ke Neraca
Timbangan berat ringan
Perhatian; Pahala dosa manusia

Manusia pasti memenuhi kehendak lorong
Dicipta dan sememangnya ada
Di depan mata
Pilih,
Lorong mana dituju
Songsang? Kebenaran?

Chairul Fahmy Hussaini
1 Disember 1991, Ahad
24 Jumadil Awal 1412H
Berita Minggu,Singapura

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s