Usah anggap senaman satu beban

Suara Adam

Bersama CHAIRUL FAHMY HUSSAINI

APABILA masa masuk waktu, suka atau tidak, kita perlu laksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kita.

Dalam hal ini, saya memperkatakan tentang usaha mengembalikan semula kecergasan diri.

Maklum, kejohanan bola sepak persahabatan Piala Dollah Kassim bagi tujuan amal ini bakal berlangsung bulan depan.

Dah dua kali berturut-turut Berita Harian keluar sebagai juara kejohanan.

Jadi, untuk tidak mengecewakan harapan teman-teman sepasukan dalam mengungguli kejohanan ini untuk tahun ketiga berturut-turut, saya mahu pastikan tahap kecergasan diri berada di tahap terbaik. 

Ahem!

Ini bagi memastikan saya dapat menunjukkan ‘prestasi terbaik’ untuk lima minit terakhir permainan.

Maklumlah, sebagai ‘supersub’ yang menjadi senjata utama dalam mengatasi pihak lawan, setiap minit itu berharga. Kalau gagal saya, gagallah pasukan.

Jadi untuk memastikan kecergasan saya berada di tahap tertinggi, senaman adalah perlu, walau tidak dilakukan secara berlebihan hingga membawa mudarat, saya melakukan sesuatu ikut yang termampu, bukan berdasarkan kemampuan masa usia masih muda remaja.

Ada beberapa teman bertanya, bagaimana saya usaha kekalkan kecergasan dengan perut yang semakin mengendut?

Jawab saya, jangan anggap senaman sebagai satu bebanan.

Tujuan bersenam bukan sekadar menurunkan berat badan tetapi membantu meningkatkan keyakinan dalam diri kita untuk menjaga pemakanan dan mutu kesihatan.

Tidak dapat dinafikan, ada sesetengahnya berasa melakukan senaman ringan, termasuk berlari-lari anak, sebagai satu yang melecehkan.

Untuk atasi hal ini mudah saja, lakukan bentuk senaman yang menyangkut dengan aktiviti harian kita. Misalnya, banyakkan berjalan dan menggunakan tangga daripada menikmati kemudahan lif.

Ataupun, keraplah kunjungi sudut senaman atau kompleks renang awam berdekatan rumah.

Dengan cara ini, senaman yang mulanya dirasakan ‘berat’ tentu akan menjadi ringan.

Kalau rasa berbuat sedemikian juga sesuatu yang ‘melecehkan’, mengapa tidak berbasikal.

Pemerintah dah menghabiskan jutaan dolar dalam memperindahkan sekitaran estet, dengan mengadakan Rangkaian Penghubung Taman (PCN). Jadi, mengapa tidak berbasikal?

Kalau tidak mahu rasa bosan berbasikal seorang diri, bawalah ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersenam sama.

PCN kini menawarkan peluang untuk anda berbasikal dalam sekitaran yang selamat sambil menghirup udara segar.

Ada mungkin akan berkata, yang mereka tidak punya basikal.

Jawab saya, mudah saja: Mengapa tidak manfaatkan jimnasium di pejabat (sepertimana yang ada di tempat saya bekerja).

Tak perlu buang duit masuk gimnasium komersial semata-mata untuk turunkan berat badan. Manfaatkan segala kemudahan yang disediakan di tempat kerja kita.

Tapi kalau malas juga, saya rasa saya punya satu cadangan.

Mengapa tidak ikuti video senaman yang begitu banyak ada di Internet?

Buatlah senaman tu di rumah, kalau segan untuk melakukannya di tempat awam atau gimnasium bersama rakan-rakan.

Tapi kalau rasa nak menghubungkan komputer ke Internet juga suatu yang melecehkan, beginilah Cik Abang, Cik Kak, saya rasa itu semua alasan kerana disebabkan sikap malas kita!

Betulkan?

Berita Harian | Ekstra!
Sabtu, 1 Mei 2010
16 Jamadilawal 1431H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s