Cara berpakaian tonjol keperibadian

Oleh Chairul Fahmy Hussaini

MEMANG suatu yang lazim, cara kita berpakaian lebih dipengaruhi trend, fesyen dan resam masyarakat.

Jadi, ketika membaca kajian yang dilakukan oleh sebuah kedai, Debenhams di United Kingdom (UK) ke atas 1,000 lelaki yang menunjukkan bahawa ikatan pinggang seorang lelaki naik dan turun sepanjang kehidupannya, saya tergelak sendiri.

Ini kerana, apa yang dikatakannya itu ada kebenarannya. Ketika remaja dengan berbadan kurus saya terpengaruh dengan trend ‘mat rock’, dan lebih senang memakai seluar betul-betul di paras pinggang.

Tapi apabila dah masuk usia 30 tahun, cara berpakaian mulai berubah, termasuk cara kita memakai seluar. Kalau dulu bawah pinggang, sekarang atas sikit.

Iyalah, kalau masa muda remaja berpakaian agak selekeh dianggap cool tetapi apabila dah dewasa, berpakaian sedemikian dianggap tidak sesuai.

Apatah lagi, cara kita berpakaian menonjolkan keperibadian diri kita.

Tetapi apa yang penting, pakai seluar di atas atau di bawah paras pinggang, sang Adam perlu pastikan sekurang-kurangnya perut tidak melebihi lilitan pinggang – gendut ataupun mengelebeh – buruk!

Mengenang masa silam, teringat saya betapa saiz pinggang ini telah jauh berubah daripada saiz 28 kepada 38 kepada 36 sekarang ini.

Harapan saya adalah untuk kembali mempunyai pinggang bersaiz 34 – sejajar dengan nasihat doktor yang saiz itu adalah sesuai untuk tubuh saya.

Ini azam tahun lepas yang belum tertunai dan saya masih cuba penuhinya! Ini bagi mencegah diri ini daripada menghadapi risiko serangan jantung dan pelbagai penyakit kronik lain.

Apa yang perlu kita fahami ialah kadar kegemukan di Singapura telah meningkat daripada 5.1 peratus di kalangan orang dewasa pada 1992 kepada 6.9 peratus pada 2004 dan peningkatannya hampir seganda di kalangan murid sekolah, pada kadar 12 peratus.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 2005 terdapat sekitar 1.6 bilion orang dewasa berusia 15 tahun ke atas yang gemuk dan 400 juta orang dewasa lagi ditakrifkan sebagai gemuk gedempol.

Di Singapura, punca kegemukan mudah dimengerti. Ia lebih disebabkan mudahnya kita menikmati makanan segera, sama ada di pusat-pusat penjaja ataupun restoran makanan segera, yang kebanyakan makanan yang dijual mengandungi lebih banyak lemak dan kurang sayur-sayuran.

Kemudahan ini menyebabkan adanya peningkatan besar dari segi jumlah golongan dewasa republik ini yang menikmati makanan secara berlebihan – dari 31.8 peratus pada 1998 kepada 48.2 peratus pada 2004.

Peningkatan dalam pemakanan menyebabkan seseorang itu menikmati hidangan lebih besar atau lebih sering menikmati makanan ringan.

Jadinya, untuk menangani masalah kegemukan, amat baik sekiranya kita ikuti empat aspek ini, yang dimuatkan dalam Program Gaya Hidup Sihat Kebangsaan yang dilancarkan pemerintah pada 1992, iaitu:

  • Tidak merokok
  • Aktif bersenam/bersukan
  • Pemakanan yang baik; dan
  • Tangani tekanan.

Usaha ini perlu jika kita mahu kekal menarik di mata Hawa. Iyalah, zaman sekarang ni bukan mudah menarik perhatian si cantik manis…

Berita Harian
Ekstra | Suara Adam
20 Februari 2010
6 Rabiulawal 1431H
Jumaat

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s