mendengar dan berkata-berkata

dalam kamar dingin
tiada lain cuma
sebuah meja bundar
12 kerusi keliling
dihadiri 12 pemain
seorangnya pemimpin
duduk dan mula bincang-bincang

dalam kamar dingin
pada suhu 22 darjah selsius
perbincangan jadi hangat
sehangat pantulan cahaya mentari
dari tingkap tak berjeriji, tak berlangsir
menerangi tiap inci ruang

kata si pemimpin
sebagai menyahut demokrasi
tiada disekat bersuara
luahkan dan katakan
setiap segala yang bermain di minda
setiap segala yang berbuku di dada
jangan dibimbang
tiada siapa akan ketahui butir bicara
kerana yang hadir hanyalah kita-kita
segala dikata adalah rahsia
hentinya di sini juga

kata si pemimpin
diterima dengan sorakan, keyakinan
setiap hadirin, belum tentu semuanya budiman
dengan kopi dan teh jadi peneman
suasana jadi hingar-bingar
setiap seorang mahu bersuara
mahu setiap suara didengar
riuh! kecoh!

dalam keghairahan
setiap yang hadir lupa
di kamar kecil itu
tembok pasang telinga…

Alang Budiman
3 Februari 2010
18 Safar 1431H
12:01:42 tghmalam
Rabu

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Sajak Alang Budiman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s