Puas hati tanam pokok sendiri

Suara Adam

KATA pepatah, berbudi pada tanah kita akan dapat hasilnya.

Hal ini sememangnya benar. Biarpun ramai di antara kita yang tinggal di flat, ruang yang terbatas tidak menghalang kita daripada bercucuk tanam – baik dalam penanaman pokok bunga mahupun tanaman herba ataupun bagi tujuan masakan.

Yang menariknya, menikmati hasil tanaman sendiri memberi kita kepuasan tidak terperi.

Tak percaya? Tinjaulah di sekeliling kejiranan anda dan lawati rumah tetangga yang rajin menanam pokok.

Anda akan temui, di antara deretan pasu-pasu bunga dan rimbunan pokok di situ, tentunya ada terselit pokok kari, lada padi, serai, sirih, misai kucing, lidah buaya dan beberapa lagi. 

Penanaman pokok ini biarpun dalam pasu-pasu kecil dan sederhana sememangnya membantu terutamanya dalam masa-masa terdesak.
Semasa ingin memasak kari dan terlupa untuk membeli daunnya, tidak perlu kita ‘membetis’ ke pasar atau pasar raya untuk membelinya.

Begitu juga dengan lada padi.

Saya bukanlah seorang ahli masak atau pakar dalam bidang herba tetapi menerusi bacaan dan makluman ‘rang tua-tua’ dan rakan-rakan diberitahu, terdapat pelbagai manfaat yang boleh diraih menerusi penanaman sebegini.

Misalnya, bagi mereka yang menanam serai, selain digunakan sebagai perisa masakan, air tuamannya boleh digunakan untuk merawat demam. 

Serai juga, seperti yang saya terbaca di sebuah laman Internet, boleh membantu proses pencernaan serta melegakan kekejangan dan meredakan tegang otot, sengal-sengal dan sakit kepala.

Caranya? Minum rebusan air serai itu.

Berkenaan sirih pula, saya pernah terbaca bahawa kajian terhadap daun sirih mendapati ia berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan punya khasiat antiseptik bagi membunuh kuman. 

Malah, sirih dipercayai amat ‘serasi’ dengan kaum Hawa. Air yang dicampur dengan daun sirih dikatakan boleh digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman kelamin sang Hawa serta membunuh bakteria, kuman, kulat dan mengatasi masalah keputihan.

Satu lagi jenis pokok yang diberitahu nenek saya dahulu menyentuh pokok misai kucing.

Menurutnya, daun misai kucing berupaya merawat penyakit kencing manis, buah pinggang dan batu karang.

Malah, satu kajian yang dilakukan ke atas pokok ini mendapati air rebusan daun misai kucing meningkatkan peluh badan dan ini membolehkan pengeluaran bahan toksin berlebihan dalam badan.

Satu lagi pokok yang mudah ditanam ialah lidah buaya. Teringat saya bagaimana emak memperkenalkan pokok ini sewaktu saya di bangku sekolah rendah dahulu.

“Kau tau apa nama pokok ini?”

“Tau, lidah buaya,” jawab saya.

“Nama glamor dia kau tau?”

“Manalah tau… hai… pokok duri ni pun ada nama glamor?”

“Haha… nama glamor dia Aloe Vera,” ujar mak.

“Huh? Ni pokok Aloe Vera?”

“Iyalah… kau ingat Aloe Vera tu pokok apa?”

Sebaik dikatakan begitu, saya teringat ‘tuna’ nama sejenis ikan yang cukup popular seantero dunia.

Kita panggil ‘Tongkol’. Hehe…

O.K. berbalik pada pokok lidah buaya ini, daunnya apabila diramas atau dikerat akan mengeluarkan jeli yang dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan.

Jeli daripada lidah buaya ini merupakan ramuan utama bagi pelembap dan pelembut kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.

Dipercayai, pokok ‘lidah buaya’ ini telah dimanfaatkan wanita Mesir sejak zaman Firaun.

Oh ya… ada satu lagi ‘lidah buaya’ yang wanita cepat nak manfaatkan, sayangnya, kerana ‘lidah buaya’ ini jugalah mereka diperdaya…

Berita Harian | Ekstra
27 November 2009
10 Zulhijjah 1430H
Jumaat

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s