Jangan hanya pandai mengata, Hawa apa kurangnya…

SUARA ADAM

Oleh Chairul Fahmy Hussaini

BETULKAH kita, kaum Adam, punya hati sekeras batu dan tidak berperasaan?

Saya menanyakan soalan ini setelah terbaca nota yang tertera di laman rangkaian sosial, Facebook, milik seorang rakan wanita baru-baru ini. Nota ringkas bahasa Inggeris itu bertajuk Men Are Hard To Please (Lelaki Sukar Disenangkan Hatinya).

Saya ketengahkan keseluruhan kandungan nota itu di bawah ini, dengan menuruti hampir sepenuhnya gaya tulisan tersebut.

Dengan cara ini saya harap, kita kaum Adam, dapat sama-sama menilai dan mengakui atau menafikan (ataupun ‘buat bodoh’ saja) segala apa yang dilemparkan kaum Hawa terhadap kita.

Masalah dengan LELAKI:

  • Jika anda LAYAN dia dengan baik, dia akan kata anda SEDANG BERCINTA dengannya; Jika anda tidak melayan dia, dia akan kata anda seorang yang BONGKAK.
  • Jika anda berpakaian cantik, dia akan kata anda cuba MEMIKATNYA; jika TIDAK, dia akan kata anda ini bersifat KEKAMPUNGAN.
  • Jika anda MELAWAN cakap dia, dia akan kata anda DEGIL; jika anda berdiam diri, dia akan kata anda tidak ada OTAK.
  • Jika anda lebih BIJAK daripada dia, dia akan MALU; jika dia lebih bijak daripada anda, dialah yang TERBAIK.
  • Jika anda tidak mencintai dia, dia akan cuba MENGUASAI anda; jika anda mencintai dia, dia akan cuba MENINGGALKAN anda (tepat sekali kan?)
  • Jika anda memberitahunya tentang MASALAH anda, dia akan kata, anda seorang yang BERMASALAH; jika anda tidak mengongsi masalah anda itu dengannya, dia akan kata anda tidak MEMPERCAYAINYA.
  • Jika anda MEMARAHINYA, anda bak NENEK yang suka berleter; jika dia MARAH anda, ini kerana dia SAYANG anda.
  • Jika anda tidak MENGOTAKAN JANJI anda dengannya, anda seorang YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI; jika dia yang tidak mengotakan janji, dia akan kata dia TERPAKSA berbuat demikian.
  • Jika anda merokok, anda seorang gadis yang TIDAK BAIK; jika dia merokok, dialah seorang LELAKI.
  • Jika anda cemerlang dalam peperiksaan, dia akan kata ia adalah TUAH; jika dia yang cemerlang, ini kerana dia BIJAK.
  • Jika anda MELUKAINYA, anda kejam; jika dia MELUKAI anda, anda seorang yang AMAT SENSITIF dan sukar untuk menyenangkan hati!!!!!

Hmmm… Membaca sekali imbas isi kandungan nota ini, amat jelas kita kaum Adam teruk dibantai oleh sang Hawa – gara-gara sikap kita yang sering dianggap sebagai tidak bertimbang rasa.

Benar, ‘men bashing’ atau ‘menghentam lelaki’ bukan sesuatu yang baru.  Sang Adam dah lali dengan hentaman atau kritikan sedemikian.

Malah, salah satu teka-teki jenaka popular mengenainya cukup luas tersebar di Internet.

Soalan: Mengapa lelaki mudah jatuh cinta pandang pertama?

Jawapan: Ia menjimatkan banyak masa mereka! Adam, kata Hawa, punya ego yang cukup besar dan ada kalanya bersikap atau bertindak melulu semata-mata mendukung egonya itu.

Secara ringkasnya, sang Hawa ingin katakan: Lelaki ni selalunya nak menang aje, semua nak lebih, tak tahu nak jaga hati wanita?!

Haha!

Suka atau tidak, ada terselit sedikit sebanyak kebenaran pada apa yang tersurat.

Secara lumrahnya, lelaki punya ego yang lebih besar dan sesetengahnya merasakan mereka harus ‘lebih’ dan mampu menandingi si wanita dalam segala hal.

Walau pemikiran sedemikian boleh disifatkan sebagai amat cetek dan dangkal, tetap berlaku. Itulah lumrah dunia.

Jika tidak, masakan ramai wanita mengeluh tentang pelbagai sikap tidak bertimbang rasa kaum Adam di dada-dada akhbar atau di corong radio mahupun di Internet, kan?

Tapi sang Hawa lupa, dalam sibuk menghentam, sesetengah daripada mereka tu apa kurangnya?

Ekstra | Suara Adam
Berita Harian
Jumaat, 15 Mei 2009
19 Jamadilawal 1430H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s