Usah bual di telefon sewaktu…

SUARA ADAM

Oleh Chairul Fahmy Hussaini

SAYA malas nak berpantun atau berkias. Cukup dengan menyatakannya di sini secara terus terang kepada kaum Adam kita.

Cik abang oi! Boleh tak jangan berbual kat telefon masa buang air kecil, apa lagi masa tengah buang air besar? Iyalah, kalau penting sangat pun hal yang ingin diperbualkan, tak boleh ke tunggu lepas selesai sahut panggilan alam?

Mentang-mentang dunia makin pantas, makin maju, segala kemudahan dalam dunia jadi lebih ringkas, takkan hal sahut seruan alam pun nak jadi 2-dalam-1?

Saya bukannya apa, naik menyampah tengok dah makin ramai kaum Adam kita yang selamba aje masa masuk tandas.

Sebelah tangan pegang telefon bimbit sambil berbual, sebelah tangannya lagi, memastikan ‘si burung punai’ memancut di tempat yang betul. Bagi yang ‘advance’ sikit, langsung tak pedulikan jiran sebelah-menyebelah, terus saja berbual masa tengah ‘memberut’.

Ceh! Tak sopan langsung…

Ada saja cerita dikongsinya, tapi semuanya bukan penting sangat pun. Tak terbayang dek saya bagaimana perasaan pihak di sebelah sana kalau dia tahu orang yang sedang berbual dengannya tu, tengah ‘sedap’ melepaskan hajat.

Yang hairannya, yang di sebelah sana tu tak dengar ke bunyi ‘broot-brettt’ yang ‘mengaum’ dari sebelah sini?

Nak kata bebudak, cik abang kita dah besar panjang…

Jadi macam mana ni? Malulah sikit cik abang oi…

Bukankah bangsa kita ni dikenali kerana adab apa lagi tatasusila, kesopanan dan kesantunannya. Jadi mengapalah kita ketepikan semua tu?

Pelikkan? Kita didik anak-anak tentang adab bertandas tapi kita sendiri tak betul. Jadinya, bak ketam mengajar anak berjalan lurus. Malulah!

Itu satu hal. Ada seperkara lagi yang membuat saya geram dan ingin sekali dikemukakan di pojok ini.

Ini perihal cik abang-cik abang kita yang sibuk ber’SMS’ masa tengah menunggang motosikal!

Mulanya saya fikir, kesibukan trafik hingga membuat kenderaan membuntut satu sama lain disebabkan kemalangan di depan. Rupanya disebabkan sekor mamat ni yang memandu motosikalnya dengan amat perlahan, adalah dalam kelajuan 35-40 kilometer sejam (kmh).

Bila saya toleh ke arahnya, dia kelihatan leka memicit butang-butang telefon bimbit, mengirim SMS – tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Saya rasa macam nak turunkan tingkap kereta dan menjerit saja ke arahnya:

“Cik abang oi! Mana letaknya akal tu?

“Apa? Dah tak ada masa lain lagi dah nak ber’SMS’? Kita nak hidup lama oi!”

Kalau cik abang tak sayang nyawa tak apa… tapi janganlah korbankan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Selain golongan ini, sebenarnya ada dua lagi golongan yang membuat darah pengguna jalan raya lain boleh menyirap.

Satu golongan terdiri daripada mamat penunggang motosikal yang melekapkan telefon bimbit di telinga. Muat pulak telefon tu disumbatkan ke dalam topi keledar yang agak sempit tu!

Golongan ni sedap berbual kat telefon sambil menunggang.

Macam orang sinting, berbual sendiri dan ketawa sendiri, sambil menunggang motosikal.

Golongan kedua pula berkisar pada mamat yang suka SMS masa memandu, baik kereta mahupun van.

Kes yang ini lagi haru, masa tengah ber’SMS’, pandu perlahan, sampai kereta lain ‘sangkut’ di belakang.

Tapi sebaik selesai kiriman pesanan, terus angkat kepala, tekan minyak dan menderu laju. Hai… orang-orang macam ni pun ada…

Tapi bila saya fikir-fikir balik, saya tak nafikan, jangan cakap si mamat saja buat kerja-kerja tak senonoh macam ni.

Si Minah pun agaknya sama…

Ekstra! | Berita Harian
Jumaat, 17 April 2009
21 Rabiulakhir 1430H
14:18:35 ptg

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s