Surat itu, aku dan kesamaran…

Surat itu tiba dan aku terpempan seketika. Ia hadir tanpa disangka. Isinya ringkas, tetapi padat dan bermakna. Aku diam dan mengulangi bacaan. Tidak dapat tidak aku harus mengakui, surat itu, meski isinya ringkas memerlukan tumpuan tuntas demi tafsiran yang jelas.

Surat itu dikirim lewat orang ketiga, menghendaki aku memahami apa yang tersirat pada tiap bait-bait ayat. Aku senyum seketika. Kali pertama membacanya, ku fikir ia mampu menarik diri ini menikmati embunan pagi. Kali kedua membacanya, baru ku sedar, yang tersirat adalah undangan, untukku bertarung dengan si embun jantan!

Haha! Sehingga kini aku masih mengulangi membacanya, kandungan surat itu, entah untuk kali ke berapa. Entah berapa kali juga pelbagai andaian bermain di benakfikir, akal mula menari-nari.

Apakah ini khayalku? Tidak.

Ia kenyataan yang aku jelmakan, bukan sebagai satu igauan tetapi menjadikannya satu permainan buat penghibur hati. Hehe…

Sedang menulis ini, aku lewati lagi warkah itu yang tiba di penghujung senja, sedang aku sibuk menentang minit-minit waktu. Aku tersenyum sendiri kali ini. Memang sukar untuk aku meneka warna yang tersurat saat ketemu titik akhir perenggan warkah itu, yang tidak bertandatangan.

Hmm… akal terus menari-nari.

Surat itu tiada kata yang romantis, apalagi nada rindu, pujuk rayu.

Puas aku meneliti setiap kata yang ditulis. Sah! Nadanya biasa-biasa saja.

Aku tidak bijak menafsir tetapi bukankah pada setiap yang biasa-biasa itu ada makna yang tersirat, yang menyimpulkan hajat dan hasrat?

Iya kan? Jika tidak, mengapa surat itu dikirim kepada ku, meminta perhatianku, meminta…. oops!

Tak. Tidak… haha! Kau faham maksudku. Cuma aku sekadar dapat berkata, isi kandungan warkah itu datangnya pada masa yang tidak sekali ku jangka.

Sambil aku menulis ini, aku kembali semula ke surat yang hadir tanpa sampul, tanpa setem. Mungkin kau mula menjangka, surat itu yang disampaikan kepadaku, dikirim secara elektronik?

Haha… seharusnya kau boleh terus meneka.

Yang pasti, surat ini menghendaki aku memberi jawapan segera pada mauduk yang entah apa-apa, tetapi punya makna yang cukup luas dan dalam.

Hmm… bagaimana, harus aku menjawabnya?

Chairul Fahmy Hussaini
Selasa, 14 April 2009
18 Rabiulakhir 1430H
01:17:25

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s