perjalanan waktu

Ini bukan igauan
tapi hakikat perjalanan waktu
sepanjang dua dekad lalu

memang tidak dinafi
amat getir susurannya…

rakaman masa menunjukkan:

hampir kesemua rakan sekolah sebangsa
telah berumahtangga
rata-rata yang berkahwin, punya tiga-empat anak
tidak semua perkahwinan kekal, ada yang bercerai

beberapa rakan lain, masih ada meringkuk
di pusat pemulihan dadah

beberapa lagi walah, dan rebah 
seorang bunuh diri, akibat dadah
seorang lagi digantung sampai mati
kerana membunuh
seorang lagi menembak diri sendiri
entah mengapa…

ada pula terpesong seksualiti
memilih kaum sejenis sebagai pasangan cintanya…

kebanyakan raih kelulusan GCE peringkat ‘O’
atau kemahiran kejuruan
hanya segelintir meraih ijazah
atau kemahiran khusus
selepas berhempas pulas
ikuti kelas malam

di kalangan jejaka
ramai kini bertugas sebagai teknisyen
yang perempuannya pula, ada kekal sebagai suri rumahtangga
atau bertugas sebagai guru tadika, atau kakitangan rendah
bahagian pentadbiran atau pemasaran

beberapa pula antara kedua-duanya
pilih menjadi peniaga, usahawan
segelintir lagi muncul sebagai karyawan

memberangsangkan?

ku rasa perjalanan anak bangsa sebayaku
masih hiba…

Alang Budiman
15 Disember 2008
17 Zulhijjah 1429H
Isnin, 16:20:24 ptg

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s