Melayu kita mahu jadi Perdana Menteri di Singapura eh? Hmm…

JIKA kehendak takdir seorang anak Melayu menjadi Perdana Menteri di Singapura suatu masa nanti, maka ia akan terjadi dan tiada siapa yang dapat menafikan haknya memegang jawatan tertinggi itu. Sama keadaannya dengan apa yang dicapai Senator Illinois, Barack Hussein Obama, dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, yang dimenanginya pada Selasa, 4 November 2008.

Meski kemenangan Obama, 47 tahun, disifatkan ramai sebagai di luar dugaan, tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana, secara asasnya tiada perkara yang pelik atau mustahil dalam politik atau semasa berpolitik – kawan boleh jadi lawan dan lawan boleh jadi kawan. Malah lanun sekalipun, kalau kena masa dan ketikanya, boleh diangkat jadi raja, si tukang lawak boleh jadi presiden, perdana menteri.

Tetapi kita pun kena sedarlah… kalau Melayu nak jadi PM, dia kena kerja keras dari sekarang. Bukan saja dia perlu raih kemenangan besar seperti Obama, tetapi juga perlu dapat sokongan jelata.

Apapun, paling penting sekali sebelum dia tawarkan diri nak jadi calon PM, kenalah si Melayu tu ukur baju di badan dia tu, tengok cermin dulu…

Dia kena tengoklah sama ada dari segi pelajaran, dia secemerlang Obama. Dah tu, dia kena pastikan dia tak gagap dan bila berpidato, bernas. Dia juga kena tonjolkan penampilan yang kemas dan punya tokoh sebagai pemimpin selain berpekerti, tertib dan beradab.

Dalam pelajaran, Obama raih ijazah sarjana muda dalam sains politik dari Universiti Columbia dan kemudian sarjana undang-undang (kepujian) dari Universiti Harvard, dua unversiti ulung di Amerika Syarikat. Jadi kalau Melayu kita ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri, dia kena jugalah cemerlang dalam pendidikan.

Kalau sekarang ni Melayu yang masuk universiti tempatan pun cuma antara 3 hingga 5 peratus dan jumlah siswazah Melayu yang raih ijazah dengan kepujian kelas pertama atau kepujian kelas kedua atas, ataupun yang raih sarjana pun boleh dikira dengan jari, macam mana bangsa lain nak sokong orang kita jadi PM?

Obama berkempen dengan tujuan bawa perubahan sebagai memacu kemajuan serta kemakmuran rakyat demi meningkatkan kesejahteraan mereka selain menjamin terus penakatan negara di tengah-tengah cabaran hebat hari ini.

Jadi kalau Melayu nak jadi PM, dia pun kena juga bawa angin perubahan yang lebih kurang sama untuk  rakyatnya. Tapi kalau Melayu kita asyik sibukkan pasal nak kumpul duit nak beli kereta/motosikal, sibukkan pasal restoran makanan segera tak ada sijil Halal, sibuk nak suruh anak masuk madrasah sampai ke Mesir atau Syria, dan sibuk marahkan bini pasal tak pakai tudung cukup panjang, macamana dia nak jadi PM Singapura kalau gitu?

Jangan harap oi!

Alang Budiman
11 November 2009
13 Zulkaedah 1429H
Selasa, 12:22:00 tengah malam

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s