siap sedia…

SEHARUSNYA kini masyarakat Melayu, sudah mula bersiap sedia dalam menghadapi kegawatan ekonomi.

Seperti dinyatakan Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Ahad lalu (5 Oktober 2008) ekonomi republik ini dijangka merudum bagi beberapa suku mendatang yang berpunca daripada masalah pembayaran hutang rumah (subprima) di Amerika Syarikat.

Masalah yang sekarang memasuki fasa kedua telah menyebabkan keruntuhan institusi kewangan di negara itu dan kesannya kini menjangkiti institusi kewangan Eropah. Seperti yang diperkatakan pakar ekonomi dunia, tatkala Amerika bersin Singapura terkesan dek kerananya.

Padahnya pada Melayu Singapura bila ekonomi terus merudum?

Peluang pekerjaan menjadi lebih sukar dan keadaan ini paling menjejas pekerja kita yang berkemahiran rendah, tidak berpelajaran tinggi dan tidak mempunyai keupayaan berbahasa Mandarin.

Keadaan menjadi lebih buruk andai masyarakat kita tidak mempunyai wang simpanan mencukupi bagi memayungi mereka bila keadaan memerlukan.

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Buat permulaan, jimat segala perbelanjaan selagi yang boleh. Tingkat jumlah simpanan. Jangan laburkan dalam perkara-perkara yang merugikan, seperti membeli kereta atau ubah elok rumah kerana dalam keadaan ekonomi yang mendesak, pihak bank lebih terdorong menaikkan kadar faedah  ke tahap lebih tinggi bagi pinjaman yang disediakan.

Bagi yang ‘gatal’ nak jual rumah, terutamanya untuk kali kedua, tidak terlambat untuk ubah fikiran. Ini kerana penjualan itu akan membawa bebanan lebih besar kerana pembelian flat bagi kali ketiga tidak akan membolehkan seseorang pembeli menikmati pinjaman perumahan yang disediakan pemerintah tetapi menerusi pinjaman bank. Kadar faedah yang disediakan pihak bank lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan pemerintah.

Pucuk pangkalnya: Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Alang Budiman
7 Oktober 2008
7 Syawal 1429H
Selasa, 22:24:15 malam

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s