puasa beb, jangan bohong!

BEBERAPA hari lagi kita akan beraya.

Sebulan  kita puasa, tahan lapar, tahan dahaga, tahan nafsu.

Err… nafsu? Hmm… bab ni kita kena jujurlah… betul-betul ke kita ni tahan nafsu sepanjang Ramadan? Tak mungkin… Ustaz, atau si alim pun sukar nak tahan nafsu sepanjang Ramadan apalagi kita.

Jadi, apa iktibarnya? Ia menunjukkan betapa lemahnya kita sebagai manusia. Tiada kuasa menahan sepenuhnya nafsu. Iya, kita tahan lapar, kita tahan dahaga, tapi tak mungkin kita dapat tahan rasa marah bila anak buat bising sampai pekak telinga.

Kita tak mungkin dapat bersabar kalau insurance agent asyik telefon ajak buat temujanji atau desak suruh sertai sesuatu polisi. Tak mungkin kita dapat tersenyum bila lihat seseorang duduk antara dua kerusi semasa dalam bas atau MRT.

Itu baru satu. Belum lagi sentuh tentang mata, yang pastinya mula galak bila lihat wanita berpakaian seksi lalu depan kita, atau dada berdetap-detup bila ada si adik manis berbaju kurung duduk sebelah kita dalam perjalanan dari Tampines ke City Hall.

Belum lagi kita pasang telinga bila terdengar sok-sek-sok-sek sedang makcik atau pakcik, abang atau kakak berbual, mengumpat atau caci-cerca apalagi maki-hamun seseorang.

Masa puasa mana boleh buat semua tu, apalagi pasang telinga.

Jadi, apa yang kita rayakan?

😉

Alang Budiman
21 Ramadan 1429H
21 September 2008
Ahad, 12:49:24 tengah malam

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s