malam bulan di pagar bintang…

ENTAH mengapa, hati tergerak nak menulis walau tidak ada perkara yang ingin diperkatakan.

Cuma entahlah, sambil menaip ini sambil mendengar lagu ‘Bila Hari Raya Menjelma’ nyanyian Siti Nurhaliza Tarudin lewat YouTube.

Mengapa pilih lagu ni? Saja… sekadar ingin rasai suasana Lebaran yang bakal tiba.

Di tengah-tengah sunyi malam, mendengar lagu sebegini mengamit kenangan pahit manis diri.

Ada berkata, mengapa dikenang yang sudah? Ada pula berkata, memori baik dirakam buat panduan esok.

Lagu habis. Pilih lagu, ‘Nazam Lebaran’ pulak.

Mengapa lagu ni?

Haha… sebenarnya ia membawa seribu kenangan kira-kira lapan-sembilan tahun lalu. Masa itu, bertugas bukan sebagai wartawan tetapi deejay di sebuah stesen radio di sini. Lagu ni dan ‘Sesuci Lebaran’  begitu diminati pendengar. Kalau boleh, selama empat jam di konti, empat jam tu lah lagu ni ingin mereka dengar.

Boleh mamp…! Oops… puasa.

Tetapi memang tak boleh dinafikan, pengalaman di konti… penuh Warna… penuh Ria…

Ok, lagu habis. Dengar lagu ‘AirMata Syawal’ pulak, lagu Datuk Siti Nurhaliza jugak.

Sendu pulak lagu ni… hmm… buat fikiran melayang jauh. Rindu pada yang tiada, pada keadaan yang pernah sekali mendewasakan kita.

Ok, dengar lagu si Mamat pulak, cover ‘Ku Pohon Restu Ayah Bonda’. Mungkin ada yang tertanya, mengapa lama sangat nak menulis sebaris dua ayat hingga habis sebuah lagu?

Tiada sebab apa-apa, cuma bila ada rasa ingin mengetengahkan sesuatu, seperti biasa hati berbisik, “Jangan!”. Begitulah resmi ‘rasa’ dan ‘hati’, sering tidak senada.

Tetapi baik juga begitu, kerana adakala hati menyelamatkan kita dari menghadapi pelbagai keberangkalian.

Eh! Nanti dulu… bukankah pujangga ada mengatakan, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa…?”

Jadi kesudahannya nak ikut apa? Ikut kata akal, mati juga, sepertimana Nadim. Kerana dek cerdik si akal si Nadim dihumban ke laut.

Hmm… mungkin kerana itu agaknya Melayu sekarang tak mau ikut resmi Nadim, lebih selamat ikut kata orang, dah tak berani bersuara. Pasal nak selamat punya pasal, diri jadi Pak Turut.

Ok, sekarang tengah lagu ‘Dendang Perantau’ nyanyian Teuku Ramlee Bin Teuku Nyak Putih. Sebelum tu dengar lagu dendangan Ahmad Jais ‘Selamat Hari Raya’. Sebelumnya lagu D.J Dave, ‘Menjelang Hari Raya’.

Gua mabuk lagu raya beb!

Bestkan…?!

Teringat… zaman kekanak main mercun, main bunga api kat kampung. Main lepas buka puasa, kawan bakar mercun kita cepat-cepat tutup telinga. Dah tu kita bakar mercun, kawan pulak tutup telinga. Dah berdentam-dentum, kita semua mengelinjang macam ulat nangka, kesukaan!

Dah tu main bunga api pulak, cara main senang jer, bakar bunga api kemudian lempar. Adakala tersilap terlempar masuk tingkap rumah jiran. Dah lah si Mak Mah di sebelah kiri, Cik Eton sebelah kanan rumah, menjerit, “Oi! Korang ni semua nak aku rotan….???!!!”

Kita semua apalagi, susup sasap lari. Ada tu, muka sardin jer jalan depan Mak Mah, depan Cik Eton. Bukan diam menunduk masa jalan tu, diejek nya pulak! haha!

Teringat aku kat si Effendi, si Azhar bisu, si Udin, si Linda, si Nani… apa khabar mereka sekarang agaknya.

Lagu Rafeah Buang ‘Bila Takbir Bergema’ lama dah selesai…. Masa dah sampai waktu, 1 pagi.

Mata dah mula ngantuk.

Hmm… yok tidur!

Alang Budiman
19 Ramadan 1429H
19 September 2008
Jumaat, 01:09:20 tengah malam

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Jejak Diri. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s