sekali perjalanan itu terhenti…

Di tengah-tengah Lapangan Tiananmen, musim dingin 2000.

Redup senja: saksi pertemuan ini.

“Bagaimana kita dapat bersama selalu?”

“Kita kahwin… Kan kekal bersama…”

“Kau bersama ku?”

“Tidak. Kau bersama ku…”

“Bagaimana? Aku tidak mampu mengenepikan Islamku.”

“Begitu juga aku… ideologi ini adalah nadi ku.”

“Jadi bagaimana?”

“Kita tidak mampu berbuat apa-apa…”

“Tidak ada penyelesaian?”

“Kita ketepikan Islammu dan ideologiku, kalau kau sanggup.”

“Jadi hidup kita atas dasar apa?”

“Cinta sahaja.”

“Iya… bukankah itu yang hakiki?”

“Aku tak sanggup.”

“Kenapa? Bukankah cinta yang merangkai kita, bukan Islammu, bukan ideologiku…”

“Tapi aku tidak sanggup hidup atas cinta semata-mata, tanpa Islam, tanpa akidahku…”

“Bukankah cinta perlukan pengorbanan?”

“Dengan mengenepikan Islamku?”

“Dengan mengenepikan ideologiku juga…”

“Tiada cara lain?”

“Tidak.”

“Kau pelajari Islamku.”

“Atau, kau mengerti ideologiku. Dakapinya…”

“Aku jadi seorang komunis? Aku tak mampu…”

“Aku seorang Muslim? Aku juga tidak mampu. Apa kata orang tua ku nanti. Aku tidak mahu dibuang saudara, disumpah ibu bapa sendiri…”

“Aku tak mampu berpaling… mengenepikan Islamku semata-mata kerana cinta…”

“Kau sendiri pernah berkata… pepatah Melayu itu… “bunga bukan sekuntum”.”

“Jadinya, aku juga kumbang, yang bukan seekor?”

“Iya…”

“Jadi perjalanan ini harus berhenti di sini?…”

“Andai kita dapat berkompromi atau mencari huraian pasti… aku sedia di sampingmu…”

Diam.

…dan malam kian bertamu…

Chairul Fahmy Hussaini
Khamis, 10 Julai 2008
7 Rejab 1429H
14:43:08

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Jejak Diri. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s