Bila lagi?

Membaca laporan Berita Harian Singapura hari ini (Sabtu, 5 Julai 2008 ) mengenai peralihan pucuk pimpinan dan langkah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) memperkenalkan imej baru membuat hati kecil ini dengan pantas berkata, “Akhirnya!”

Mengapa demikian?

Umum mengetahui peralihan pucuk pimpinan di kalangan badan-badan mapan Melayu/Islam Singapura hampir tidak berlaku sama sekali. Rata-rata pengerusi atau presiden badan-badan ini telah menerajui kepimpinan organisasi mereka  lebih dua dekad, ada diantaranya telah memimpin hampir empat dekad lamanya!

Jika kita kumpulkan si peneraju badan-badan ini dan kita rangkumkan tempoh kepimpinan mereka, memang tidak memeranjatkan sekiranya ‘usia’ pengalaman mereka mencecah ratusan tahun lamanya.

Dan jika diteliti keadaan itu, tidak-dapat-tidak kita bertanya, sejauh manakah kejayaan mereka dalam memajukan masyarakat Melayu/Islam di sini dan membangunkan institusi-institusinya selepas empat dasawarsa kemerdekaan Singapura?

Dalam hal ini, rasanya perlu bagi pucuk pimpinan Melayu mengadakan satu analisa mendalam dan telus lagi jujur dan objektif dilakukan dan menerusi hasil dapatan itu, baik atau buruk, didedahkan kepada masyarakat Melayu untuk membolehkan mereka menilai keberkesanan pucuk pimpinan badan-badan Melayu dalam menjayakan agenda Melayu sejak 43 tahun lalu.

Bukan apa, dengan adanya tinjauan seperti ini masyarakat akan lebih mengetahui kedudukan sebenar badan-badan Melayu/Islam di sini dan kemampuan pemimpin-pemimpinnya.

Amat mendukacitakan, setelah bertahun-tahun dibilang secara kias dan dimaklum menerusi media dan pandangan yang diluahkan sendiri oleh Perdana Menteri, pemimpin badan-badan ini masih amat berat sekali untuk ‘angkat punggung’ dan melepaskan teraju kepimpinan.

Kebanyakan mereka ini meskipun telah mendapat pelbagai pengiktirafan – menerusi pemberian anugerah atau pangkat – daripada masyarakat dan negara atas sumbangan mereka itu, masih enggan melepaskan kedudukan mereka.

Suatu hal yang tidak boleh dinafikan, menerusi pengalaman dan pemerhatian selama bertahun-tahun mendekati dan mendampingi mereka, tidak dapat dinafikan ada (kalau tidak sebahagian, mungkin segelintir…) dikalangan pemimpin ini – walau telah bertahun-tahun memimpin – sebenarnya menyedari sumbangan mereka sebenarnya tidak sebesar mana, tetapi tetap ingin mengekalkan kedudukan mereka kerana ingin terus dilihat ‘anak-cucu’ yang ‘ayah’ atau ‘datuk’ mereka adalah ‘antara orang-orang penting’ yang sentiasa berada di sisi pemimpin negara.

Kelihatannya para pemimpin ini masih belum mendapat ‘seruan’ atau mungkin, sengaja ‘tidak mahu dengar loceng’ agar mengundur diri dan memberi ruang dan peluang kepada generasi lebih muda untuk mengambil alih.

Dan kini, sebuah badan wanita telah mengambil sikap berani membuat peralihan pucuk pimpinan.

Mungkinkah ini satu petanda badan-badan lain, yang rata-rata dipimpin kaum Adam, akan mengikut jejak Hawa dalam membuat peralihan serupa?

Tunggu dan lihat.

Chairul Fahmy Hussaini
12:52:35 tengah hari
Sabtu, 5 Julai 2008
2 Rejab 1429H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s