Jangan malu ikuti kelas malam demi tingkat kemampuan tutur bahasa Melayu

TEMA Bulan Bahasa Melayu tahun ini – Sempurnakan Bahasa. Gunakan Sentiasa – memang sesuatu yang baik, apatah lagi dalam mendorong masyarakat Melayu – terutamanya generasi muda Melayu republik ini – untuk terus mendukung penggunaan bahasa ibunda.

Usaha ini penting memandangkan kian ramai dikalangan kita lebih senang berbahasa Inggeris sahaja atau mengguna bahasa ‘rojak’ – campuran Inggeris dan Melayu – dalam perbualan seharian.

Dalam hal ini, kita mesti berterus terang, bukan generasi muda sahaja yang enggan atau rasa ‘sukar’ bertutur bahasa Melayu dengan baik,  sesetengah karyawan Melayu dan Anggota Parlimen (AP) Melayu, juga hadapi ‘kesukaran’ yang sama.

Amat mengecewakan bila mengenangkan golongan ini mempunyai tahap pendidikan cukup tinggi, ada diantaranya mempunyai ijazah peringkat Sarjana ataupun Doktor Falsafah, tetapi canggung dengan bahasa sendiri.

Lebih menghampakan bila mengenangkan para AP Melayu ini disertakan untuk bertanding dalam pilihan raya-pilihan raya umum di negara ini sebagai calon yang mewakili masyarakat Melayu. Jadi tentunya mereka harus mampu berbahasa Melayu dengan baik.

Sayangnya, tatkala diaju atau diasak soalan dalam bahasa Melayu oleh pihak media dan warga teras, ada diantaranya tergagap-gagap untuk menjawabnya hingga jawapan yang diberikan jadi tidak keruan.

Cadangan penulis: Para AP Melayu ini perlu ikuti kelas malam untuk mengasah semula kemampuan mereka berbahasa Melayu.

Ini lebih baik daripada mereka menepuk dada, mengakui mewakili kepentingan Melayu tetapi tidak mampu bertutur bahasa yang mencermin jiwa bangsa mereka sendiri. 

Bagi memastikan keberkesanan kempen bulan bahasa Melayu tahun ini, penganjur bulan bahasa juga perlu menggalak para AP-AP Melayu yang telah karat penguasaan bahasa Melayu mereka untuk ikuti kelas malam.

Kesediaan para AP Melayu untuk mengikuti sekolah malam bagi mempertingkat penguasaan bahasa Melayu tentu juga akan menarik perhatian golongan karyawan Melayu yang sama karat penguasaan bahasa ibunda mereka.

Memandangkan kelas-kelas sedemikian ada dijalankan di kelab-kelab masyarakat setempat dan yurannya juga agak murah, tidak ada alasan bagi para AP Melayu yang sedar dirinya telah karat dalam bahasa Melayu, untuk tidak menyertainya.

Mereka perlu sertainya dengan fikiran terbuka, tunjuk tauladan dan contoh yang baik pada warga muda!

Chairul Fahmy Hussaini
Selasa, 1 Julai 2008
27 Jamadilakhir 1429H
19:15:55 malam

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s